Skip to main content

Posts

APA ADA DALAM BEG TANGAN WANITA?

CAKKK! ADA APA TU?? Pagi ni korek-korek beg tengok harta khazanah apa dok selalu terperam dalam beg comey ni. Comeyla sangattt. Erk. (tangan dua-dua kat bahu, kepala dongak atas) . Ni la dia. Resit tu wajib ada. hahahha. Adoi, kalau lagi besar beg, lagi banyak la resit. Sampai kena cop beg ke tong sampah ni? Adess. Sape macam ni bek ngaku cepat. Haha . Tisu wajib ada. Satgi anak makan belemuih, hinguih meleleh tak kelam kabut. Kain lap spek pun kena ada. Kalau takde, siap la tshirt anak ke, asben ke jadi mangsa. heheh. Alah, macam tak biasa je korang, kan..kan.. . Barang mekap? Selalu bawak lipbalm je, pakai brand Nurayysa, ape sa? Loose powder pakai brand PbySo, produk natural. Syok pakai ni, ada siap berus sekali. Bukak cap, terus sapu muka. Sape nak boleh beli ngan  Cik Nabila . . Minyak argan  # ByHanneas  pun kena ada. Kalau muka, tangan / kaki kering that day, ni lah penyelamat. Pen dengan counter pun ada. Beg owl tu buat isi cash ngan segala mak nene...

RESEPI AYAM MASAM MANIS DENGAN MANGGA MUDA

Bukak peti ais, nampak isi ayam je dok membeku. Pastu ada pelam muda kait semalam depan rumah, pe lagi jadila Ayam Masam Manis + Mangga. Sedapp. Resepi campak-campak je apa yang ada kat dapur. . Ni resepi campak-campak tu ye: . 1) Isi ayam bersihkan, potong kecik-kecik. Celup dengan Tepung Bestari. Goreng. Dah siap letak tepi. . 2) Blend 3 ulas bawang putih + 1 inci halia + 5 biji bawang kecik. - Tumis sampai wangi. . 3) Masuk 4 sudu besar sos thai, 4 sudu besar sos cili, 2 sudu besar sos tiram. Ni sukat ikut korang suka rasa macam mana ye. . 4) Masuk air sikit kalau pekat sangat. Biar didih. Tutup api. . 5) Pelam muda sagat, tabur atas ayam dah goreng tadi, pastu curah kuah masak tadi penuh kasih sayang atas ayam. Tabur bijan sikit. Siap! Senang je kan? Makan dengan nasik panas, telur dadar. Jadilah lauk sempoi untuk dinner. . Selamat mencuba.

RESEPI KIMCHI KOREA ALA MALAYSIA

Terjebak dengan movie 'KIMCI UNTUK AWAK', kecuq la hai tengok kimci. Slurrp slurrp tengok diorang makan. Waduh-waduh. terus cari resepi nak buat kimci ni. Ingatkan susah. Senang je rupanya buat kimci ni tau. Jom kita belajar buat kimci yang simple ni. Bahan-bahan mentah: 1 biji kobis panjang, dibelah 2 atau 4 memanjang. Lepas tu potong kecik-kecik dalam 2 cm. Korang kalau taknak potong kecik, nak biar panjang pun boleh. 1/2 cawan garam kasar. Garam halus pun boleh la kalau takde. Untuk perap kobis ni. 2 biji lobak merah - dihiris menjadi batang mancis Kucai, dipotong memanjang dalam 2 inci. Ikut suka nak banyak mana. 1 ikat daun bawang, dipotong memanjang dalam 2 inci 3 sudu besar serbuk cili - kaknaz pakai brand Babas. Orang Korea pakai 'kochukaru', lada kasar.  Boleh tengok FB  OmmaSón by FaezAmer Korean Kitchen . Diorang ada jual. Bahan kanji: 2sudu besar tepung pulut (kaknaz pakai tepung beras, tepung pulut non hado) 2 sudu besar g...

RESEPI SIZZLING YEE MEE PALING MUDAH.

Hujan petang-petang ni. Mesti ramai yang suka makan panas-panas nak bagi badan panas musim sejuk-sejuk ni kan. Ok, petang ni sambil tengok  # Sinar   tadi, kaknaz nak taip RESEPI SIZZLING YEE MEE paling mudah. Balik keje nanti boleh buat. Zassss, kejap je siap! Hehehe . . Bahan-bahan: Yee mee Ayam - potong kecil Sawi Cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong. (stok kaknaz takde, pakai cendawan inoki pun bolehla 😂 ) 5 ulas bawang putih - tumbuk 1 inci halia - hiris 5 biji cili kering - potong pendek-pendek 4 sudu makan sos tiram 3 sudu makan kicap cair 3 sudu makan kicap pekat (ni kaknaz tak pakai) 1 sudu besar lada hitam - tumbuk 1 sudu besar minyak bijan 2 sudu makan tepung jagung + secawan air, kalau cair boleh tambah lagi Minyak untuk menumis Air . Cara-cara: 1) Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk. . 2) Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat, serbu...

FAKTA ARGAN

Argania merupakan genus tumbuhan yang mengandungi spesies tunggal Argania spinosa, yang dikenali sebagai argan. Tumbuhan endemik yang tumbuh pada permukaan sebahagian tanah mendapan yang mengandungi 'calcium carbonate' di lembah Sous yang terletak di barat daya Maghribi. . Pada masa ini, ia boleh didapati hanya di kawasan seluas kira-kira 8 000 km2 (3 100 batu persegi) di barat daya Maghribi (wilayah Souss-Massa-Drâa). Argan tumbuh 8-10 m (26-33 kaki) tinggi dan  hidup sehingga 200 tahun. . Pohonnya berduri, dengan batang bercabang serta kasar. Cambah-cambah dahannya mempunyai lilitan kira-kira 70 m (230 kaki) dan bercambah ke bawah menghampiri permukaan tanah. . Daunnya kecil 2-4 cm (0.79-1.57) panjang dan bujur dengan hujungnya bulat. Mempunyai bunga yang kecil dengan lima kelopak kuning-hijau pucat. Musim bunga adalah pada bulan April. Buah-buahnya bersaiz sekitar 2-4 cm (0.79-1.57) panjang dan 1.5-3 cm (0.59-1.18 inci) lebar dan tebal. . Kulit buahnya wangi tetapi meng...

RENEW SSM SECARA ONLINE JE

Korang tau tak sekarang nak renew SSM dah senang. Tak perlu pegi kaunter SSM / bank atau kiosk dah. Semuanya kat hujung jari je. Dulu kes company kaknaz terkubur sebab ni la. Malas betul nak keluar pegi renew. Last-last kena buat company baru . Yela, bulan pertama lewat kena bayar RM30. Bulan berikutnya RM10. Kopakk. Baik buat company baru. kikiki . Ok meh kaknaz ajar STEP BY STEP macam mana nak buat. 1) Pegi dekat link ni --->  https://ezbiz.ssm.com.my , sila SIGN UP. . 2) Nanti korang akan dapat emel dari EzBiz. (Rujuk gambar 2). Dah dapat emel tu, kena print out. Dalam masa 14 hari, korang kena aktifkan dekat mana-mana kaunter SSM untuk seumur hidup. Jangan lupa bawak IC sekali. . 3) Dah aktifkan, balik tu boleh log in semula. Klik tab 'My Bussiness Services' > 'Renewal By Owners'. (Rujuk gambar 3) . 4) Tadaaaaa. Nama company korang dah masuk kat sistem. (Rujuk gambar 4) . 5) Klik 'Action'. Keluar semua info, nak renew berapa tahun, kena ...

TIPS MEMILIH MINYAK ARGAN TERBAIK

Ha, ni kaknaz nak kabo. Korang kalau nak beli minyak argan terutamanya yang virgin dan 100% pure organik, kena pandai pilih tau. Biasanya, yang jenis PURE ni dia sangat sensitif. Sebab dia takde langsung pengawet, atau bahan-bahan lain yang boleh bagi dia kebal. . Jadi tips dia, pilih minyak argan dari BOTOL KACA yang berwarna GELAP. Kaca dia tak mudah bertukar suhu macam plastik. Warna gelap pulak dapat melindungi dari cahaya langsung yang boleh jejaskan kualiti minyak tu. Alhamdulillah, ciri-ciri ni ada pada botol minyak argan  # ByHanneas . . Untuk pembelian / berminat menjadi agen @ dropship, boleh hubungi terus di  www.wasap.my/601119449075  atau KLIK je link wasap ni.