Skip to main content

RESEPI DONUT KENTANG GEBU GEBAS, LEMBUT DAN SEDAP.





Ok ni kaknaz nak share resepi DONUT KENTANG yang gebu macam kapas tu. 
.
Siyes resepi ni paling sedap dan paling menjadi selama kaknaz buat donut ni. Lembut ya amat. Buat semalam, tinggal seketul lagi hari ni still lembut lagi. Berebut bebudak ni nak makan. Adesss.
.
Asben pun cakap, 'Ermmm, yela jadi'. Selalu dia makan diam je. Kalau tanya pun dia angguk-angguk je. Nasib tak geleng kan. 😝(paham-paham sendiri la tu..kikiki)
.
Ok, bahan dia pun mudah sangat. Takde bahan pelik-pelik kena pegi beli kat bakery.
.
Bahan-bahan:
.
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1/2 paket yis mauripan (yang 11g tu)
4 sudu besar gula
4 sudu besar susu tepung
2 biji kentang saiz kecil (rebus dan lenyek sampai lumat)
2 sudu besar butter
1 sudu kecil garam
Gula kastor untuk golek-golek donut
.
Cara-cara:
.
1) Masukkan tepung gandum, susu tepung dan kentang yang dah lenyek dalam bekas.
.
2) Satukan air suam, gula dan yis dalam bekas lain. Sebatikan gula, biar sampai yis kembang dulu.
.
3) Lepas tu cairkan butter, masuk dalam bekas yis tadi. Masukkan garam sekali. Kacau sampai sebati.
.
4) Masuk sikit-sikit campuran ni dalam bekas tepung. Sambil uli. Uli sampai doh dah tak melekat. Rehatkan dalam 30-40 minit. Biar dia kembang dulu.Tutup bekas tau.
.
5) Dah kembang setaman, korang tumbuk-tumbuk doh tu bagi keluar angin. Korang bayangkan tengah geram kat orang, tumbuk-tumbuk dia sepuas hati. 😝
.
6) Ok, angin semua dah keluar uli kejap. Lepas tu boleh bulat-bulatkan buat bentuk korang nak. Kalau malas, bulat-bulat je sudah..hehe
.
Dah siap, boleh la goreng macam biasa. Tunggu sejuk baru bagi mandi gula. Jangan panas-panas pi salut gula pulak, cair habis gula tu kang.
.
Ok, senang kan?
.
Selamat mencuba! Kalau jadi, meh tepek gambar kat komen tau.
.
Jangan lupa follow FB kaknaz, Sharinaz Redwan
dan blog kaknaz, https://diarikaknaz.blogspot.my/.
Ada juga resepi lain kaknaz share 
.
.
.
Nak muka sentiasa lembap dan cantik, klik Pure Argan Oil Malaysia - By.Hanneas










Popular posts from this blog

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')? Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh di bawah : 100g beras putih = 365 kalori 100g beras perang = 349 kalori 100g beras 'parboiled' = 362 kalori Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah. BERAS 'PARBOILED' Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat d...

BERAPA LITER SAYA KENA MINUM AIR KOSONG SEHARI?

Kadang-kadang kita confius kan berapa banyak air nak kena minum sehari ni. 3 liter kah? 2 liter kah? Atau berliter-liter kah? Ada yang kata kita kena minum 1 liter untuk setiap berat badan 25kg. Contoh, awak berat 60kg, jadi 60 bahagi 25, awak perlukan 2.4 liter air kosong sehari. Itu cuma anggaran kasar je tau. Jangan ikut sangat kiraan itu. Sebab cuba saya bagi contoh diri sendiri, berat 48kg, jadi bahagi 25, saya perlukan 1.9 liter sehari. Aduhh, kering badan wei. Setiap kali workout pun saya akan minum 1.5 liter air. Inikan pula 1.9 liter sehari. Hakikat sebenarnya, keperluan air adalah berbeza bagi setiap individu, mengikut usia, jantina, berat badan, aktiviti harian, gaya hidup. Ini termasuklah cuaca dan juga iklim pada masa itu. Jadi macam mana nak sukat berapa banyak patut kita minum? Mudah saja, anda kena rasa sendiri. Hanya anda yang kenal diri sendiri. Bukan coach, bukan jiran sebelah rumah. Setiap kali dahaga minumlah secukupnya. Cara lain? Ada, kita lihat sendiri perubahan...

RESEPI SUP KAKI AYAM ALA THAI

Hari tu kaknaz buat sup kaki ayam ala thai ni. Fuhh, 1 periuk habis suami dengan anak bongsu makan. Meratah lagi. Memang favourite diorang berdua tu. Kakak, abang dengan kaknaz tak berapa makan sangat. Masak ala thai lagi sedap dari buat sup biasa tu. Sebab dia ada rasa masam, pedas. Jadi tak muak makan. Okay, bawah ni resepi dia ye. Resepi Sup Kaki Ayam Ala Thai ========================= Kaki ayam secukupnya - cuci & rebus sampai lembut. 2 biji bawang kecil - hiris 2 inci halia - tumbuk 3 biji bawang putih - tumbuk 1 sudu rempah sup 1 batang kulit kayu manis 3 biji bunga lawang 6-7 biji cili padi - ketuk 3 batang serai - ketuk 1 biji tomato - belah 6 1 biji limau nipis - ambil jus 1 biji bawang holland - hiris 5 helai daun limau purut Kobis bunga Lobak merah 1 kiub pati ayam Cara-cara Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, halia, bawang putih. Dah wangi masuk rempah sup, goreng sekejap. Masuk dalam rebusan kaki ayam tadi. Campak je...