Skip to main content

RESEPI ASAM PEDAS MELAKA PALING SEDAP DAN MUDAH

10 tahun lebih masak asam pedas, hari ni baru dapat pujian asben. Itupun asben yang googlekan resepi. Hahaha (Dia pun kaki masak jugak). Asben cakap rasa macam makan kat kedai asam pedas Johor tempat dia keje dulu. Fuhh..10 tahun tuuu tunggu.

Ok meh kaknaz share resepi dia, insyaAllah jadi. 
Bahan A:

1 genggam cili kering - rebus dulu
3 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci belacan
1 sudu besar lada hitam

Ok ni teknik kaknaz. Semua Bahan A atas ni blend dengan minyak, tak perlu tambah air. Minyak agak-agak cukup untuk blender jalan. Kalau pakai teknik ni, cili kering tak payah nak buang biji, terus blend je, biji-biji diapun hancur. Pes dia lagi halus.
.
.
Bahan B:
3 slice ikan pari - potong kiub
4 batang serai - ketuk
5 biji bendi
2 biji terung bulat - potong 4
1 genggam daun kesum
2 kuntum bunga kantan
Air asam jawa
Garam
Gula
Perasa
.
.
Cara-cara:
1) Masuk Bahan A yang dah blend tadi terus dalam kuali, tumis terus. Tak perlu masuk minyak lagi. Masuk sekali terung bulat, serai. Biar sampai pecah minyak, terung lembut.

2) Lepas tu, masuk air asam jawa, ikan pari, daun kesum, bunga kantan dengan bendi. Biar sampai mendidih dan masak semuanya.

3) Dah masak, perasakan dengan garam, gula, kalau suka boleh masukkan perasa aji sikit. Lagi ummph!

Siap! Sedap makan dengan nasik putih panas-panas nih.

Selamat mencuba. 






Popular posts from this blog

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')? Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh di bawah : 100g beras putih = 365 kalori 100g beras perang = 349 kalori 100g beras 'parboiled' = 362 kalori Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah. BERAS 'PARBOILED' Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat d...

BERAPA LITER SAYA KENA MINUM AIR KOSONG SEHARI?

Kadang-kadang kita confius kan berapa banyak air nak kena minum sehari ni. 3 liter kah? 2 liter kah? Atau berliter-liter kah? Ada yang kata kita kena minum 1 liter untuk setiap berat badan 25kg. Contoh, awak berat 60kg, jadi 60 bahagi 25, awak perlukan 2.4 liter air kosong sehari. Itu cuma anggaran kasar je tau. Jangan ikut sangat kiraan itu. Sebab cuba saya bagi contoh diri sendiri, berat 48kg, jadi bahagi 25, saya perlukan 1.9 liter sehari. Aduhh, kering badan wei. Setiap kali workout pun saya akan minum 1.5 liter air. Inikan pula 1.9 liter sehari. Hakikat sebenarnya, keperluan air adalah berbeza bagi setiap individu, mengikut usia, jantina, berat badan, aktiviti harian, gaya hidup. Ini termasuklah cuaca dan juga iklim pada masa itu. Jadi macam mana nak sukat berapa banyak patut kita minum? Mudah saja, anda kena rasa sendiri. Hanya anda yang kenal diri sendiri. Bukan coach, bukan jiran sebelah rumah. Setiap kali dahaga minumlah secukupnya. Cara lain? Ada, kita lihat sendiri perubahan...

RESEPI SUP KAKI AYAM ALA THAI

Hari tu kaknaz buat sup kaki ayam ala thai ni. Fuhh, 1 periuk habis suami dengan anak bongsu makan. Meratah lagi. Memang favourite diorang berdua tu. Kakak, abang dengan kaknaz tak berapa makan sangat. Masak ala thai lagi sedap dari buat sup biasa tu. Sebab dia ada rasa masam, pedas. Jadi tak muak makan. Okay, bawah ni resepi dia ye. Resepi Sup Kaki Ayam Ala Thai ========================= Kaki ayam secukupnya - cuci & rebus sampai lembut. 2 biji bawang kecil - hiris 2 inci halia - tumbuk 3 biji bawang putih - tumbuk 1 sudu rempah sup 1 batang kulit kayu manis 3 biji bunga lawang 6-7 biji cili padi - ketuk 3 batang serai - ketuk 1 biji tomato - belah 6 1 biji limau nipis - ambil jus 1 biji bawang holland - hiris 5 helai daun limau purut Kobis bunga Lobak merah 1 kiub pati ayam Cara-cara Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, halia, bawang putih. Dah wangi masuk rempah sup, goreng sekejap. Masuk dalam rebusan kaki ayam tadi. Campak je...