Skip to main content

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')?

Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja.

Seperti contoh di bawah :

100g beras putih = 365 kalori
100g beras perang = 349 kalori
100g beras 'parboiled' = 362 kalori

Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah.




BERAS 'PARBOILED'


  • Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras.
  • Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat dan juga magnese.
  • Rupa beras parboiled agak keruh sikit berbanding beras biasa. 
  • Ia juga memiliki glisemik indeks yang lebih rendah.





BERAS PERANG


  • Beras perang adalah padi yang telah dibuang kulit padi setelah menjalani proses pengilangan yang minimal. 
  • Ianya perang kerana bran tidak dibuang dari beras. 
  • Beras perang tinggi nutirisi namun ramai yang kurang enak memakannya. 
  • Ianya juga mengambil masa yang lebih lama untuk dimasak.




BERAS PUTIH 

  • Beras putih adalah beras perang yang menjalani proses pengilangan yang maksima. 
  • Semua atau sebahagian bran dibuang, begitu juga dengan unsur-unsur lain dari padi sehingga ianya menjadi putih. 
  • Beras putih paling kurang nutrisi.



Ok, di atas ini ialah gambar grafik mudah yang menunjukkan proses penghasilan jenis-jenis beras di atas.


Jika diikutkan, sebenarnya beras parboiled adalah lebih berkhasiat berbanding beras perang kerana nutrisinya adalah lebih tinggi, iaitu 11x ganda dari segi penyerapan mineral. Kalau dibandingkan dengan beras putih, mestilah jauh bezanya,

Beras parboiled dan beras perang juga mengandungi Indeks Glisemik (GI) yang rendah. Jadi bila makan ia akan menyebabkan perut kenyang lebih lama. 

Jadi perlukah kita tukar beras untuk diet? Pada pandangan saya, jika anda berkemampuan, saya amat galakkan anda untuk tukar beras jenis 'parboiled' atau perang ini, kerana nilai GI yang lebih rendah berbanding beras putih.

Ini akan membantu mengurangkan 'food cravings' jika kita masih dalam fasa menurunkan berat badan.

Harga untuk beras 'parboiled' dan beras perang ni agak mahal dari beras putih kebiasaannya. Tetapi jika anda nak mengamalkan beras putih, juga tiada masalah. Kandungan kalori lebih kurang sama sahaja. Tapi tak dapatlah manfaat di atas tadi.

Ramai juga yang makan nasi dari beras putih ini, masih mampu menurunkan berat badan. Jadi semuanya adalah pilihan masing-masing. 

Jangan pening-pening nak tukar beras, untuk permulaan diet, belajar untuk kawal pengambilan kalori dan menjaga 'portion' makanan terlebih dahulu. Ok?

Ermmm, saya makan nasi beras apa? Pilihan saya beras basmathi 'parboiled'. Yang ni nilai GI dia lebih rendah. Brand boleh tengok gambar di bawah. Tapi selalu juga makan nasi beras putih biasa. Beras perang saya jarang makan, sebab tak berapa kena dengan tekak. Hihihi.



Semoga bermanfaat entri kali ini. 

Enazz,
Be Fit, Be Strong, Be Healthy




Popular posts from this blog

BERAPA LITER SAYA KENA MINUM AIR KOSONG SEHARI?

Kadang-kadang kita confius kan berapa banyak air nak kena minum sehari ni. 3 liter kah? 2 liter kah? Atau berliter-liter kah? Ada yang kata kita kena minum 1 liter untuk setiap berat badan 25kg. Contoh, awak berat 60kg, jadi 60 bahagi 25, awak perlukan 2.4 liter air kosong sehari. Itu cuma anggaran kasar je tau. Jangan ikut sangat kiraan itu. Sebab cuba saya bagi contoh diri sendiri, berat 48kg, jadi bahagi 25, saya perlukan 1.9 liter sehari. Aduhh, kering badan wei. Setiap kali workout pun saya akan minum 1.5 liter air. Inikan pula 1.9 liter sehari. Hakikat sebenarnya, keperluan air adalah berbeza bagi setiap individu, mengikut usia, jantina, berat badan, aktiviti harian, gaya hidup. Ini termasuklah cuaca dan juga iklim pada masa itu. Jadi macam mana nak sukat berapa banyak patut kita minum? Mudah saja, anda kena rasa sendiri. Hanya anda yang kenal diri sendiri. Bukan coach, bukan jiran sebelah rumah. Setiap kali dahaga minumlah secukupnya. Cara lain? Ada, kita lihat sendiri perubahan...

RESEPI SUP KAKI AYAM ALA THAI

Hari tu kaknaz buat sup kaki ayam ala thai ni. Fuhh, 1 periuk habis suami dengan anak bongsu makan. Meratah lagi. Memang favourite diorang berdua tu. Kakak, abang dengan kaknaz tak berapa makan sangat. Masak ala thai lagi sedap dari buat sup biasa tu. Sebab dia ada rasa masam, pedas. Jadi tak muak makan. Okay, bawah ni resepi dia ye. Resepi Sup Kaki Ayam Ala Thai ========================= Kaki ayam secukupnya - cuci & rebus sampai lembut. 2 biji bawang kecil - hiris 2 inci halia - tumbuk 3 biji bawang putih - tumbuk 1 sudu rempah sup 1 batang kulit kayu manis 3 biji bunga lawang 6-7 biji cili padi - ketuk 3 batang serai - ketuk 1 biji tomato - belah 6 1 biji limau nipis - ambil jus 1 biji bawang holland - hiris 5 helai daun limau purut Kobis bunga Lobak merah 1 kiub pati ayam Cara-cara Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, halia, bawang putih. Dah wangi masuk rempah sup, goreng sekejap. Masuk dalam rebusan kaki ayam tadi. Campak je...