Skip to main content

RESEPI AYAM MASAM MANIS DENGAN MANGGA MUDA

Bukak peti ais, nampak isi ayam je dok membeku. Pastu ada pelam muda kait semalam depan rumah, pe lagi jadila Ayam Masam Manis + Mangga. Sedapp. Resepi campak-campak je apa yang ada kat dapur.
.
Ni resepi campak-campak tu ye:
.
1) Isi ayam bersihkan, potong kecik-kecik. Celup dengan Tepung Bestari. Goreng. Dah siap letak tepi.
.
2) Blend 3 ulas bawang putih + 1 inci halia + 5 biji bawang kecik. - Tumis sampai wangi.
.
3) Masuk 4 sudu besar sos thai, 4 sudu besar sos cili, 2 sudu besar sos tiram. Ni sukat ikut korang suka rasa macam mana ye.
.
4) Masuk air sikit kalau pekat sangat. Biar didih. Tutup api.
.
5) Pelam muda sagat, tabur atas ayam dah goreng tadi, pastu curah kuah masak tadi penuh kasih sayang atas ayam. Tabur bijan sikit. Siap! Senang je kan? Makan dengan nasik panas, telur dadar. Jadilah lauk sempoi untuk dinner.
.
Selamat mencuba.

Popular posts from this blog

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')? Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh di bawah : 100g beras putih = 365 kalori 100g beras perang = 349 kalori 100g beras 'parboiled' = 362 kalori Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah. BERAS 'PARBOILED' Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat d...

BEZA ANTARA NATURAL & ORGANIK

Yes! Dua ni ada beza tau. Dulu kaknaz pun tak faham sangat beza dua ni. Bila dah google, dah baca sendiri, baru lah faham sikit-sikit. Biasa dengar orang cakap produk organik kan? Tapi apa sebenarnya istilah ORGANIK tu? Organik ni asalnya dari bahan yang 'totally' BEBAS dari bahan kimia 100% termasuklah dari racun perosak dan sebagainya. Bermula dari penanaman, penjagaan, penuaian dan proses pengilangan semuanya menggunakan daripada bahan organik contohnya seperti benih dan baja organik. Kebiasaannya, produk organik ni adalah lebih mahal berbanding yang lain kerana proses penyediaannya agak rumit dan kos penjagaannya juga tinggi. Tengok jelah sayur-sayuran organik dekat pasaraya, harganya lebih mahal kan kalau korang perasan? Tempat letak pun ada ruangannya tersendiri. Tak bercampur dengan sayur-sayur lain dan dipek dengan sempurna. Ini untuk memberi jaminan kesegarannya. Macam mana nak tahu produk itu organik? Biasanya produk yang 'claim' ian...

RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS DENGAN BLACKPEPPER SOS & MASH POTATO

Dia mai pulak dah. Why so serious petang-petang ni? Meh kaknaz banjer ayam golek sekor ni. Boleh buat makan dinner pulak. Kikiki. . Ni la ayam panggang semalam yang kaknaz buat. Makan dengan kuah blackpepper, mash potato, salad, dengan fries. Alhamdulillah, menjadik. Resepi ihsan dari Tuan Suami. Kihkihkih. Suami kaknaz ni memang pakar bako-membako nih. . Nak resepi? Meh kaknaz share resepi untuk ayam, kuah dengan mash potato sekali. Hah! Complete!  😍 . . RESEPI AYAM PANGGANG ===================== . Bahan-bahan: Sekor ayam togel. Nak belah dua pun boleh aih. 4 biji bawang besar saiz sederhana. 5-6 biji bawang putih. 2 inci halia 2 sudu besar lada hitam, nak kurang, nak lebih, suka suka hatilah 😂 2 sudu besar mix herbs 3 sudu besar madu 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos lada hitam 1 ketul pati ayam 1 sudu besar gula 1 1/2 sudu teh garam Air sikit untuk kisar Mentega sikit untuk bakar Optional- boleh renjis Smoked Flavour Liquid Chef Ammar ...