Skip to main content

RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS DENGAN BLACKPEPPER SOS & MASH POTATO






Dia mai pulak dah. Why so serious petang-petang ni? Meh kaknaz banjer ayam golek sekor ni. Boleh buat makan dinner pulak. Kikiki.
.
Ni la ayam panggang semalam yang kaknaz buat. Makan dengan kuah blackpepper, mash potato, salad, dengan fries. Alhamdulillah, menjadik. Resepi ihsan dari Tuan Suami. Kihkihkih. Suami kaknaz ni memang pakar bako-membako nih.
.
Nak resepi? Meh kaknaz share resepi untuk ayam, kuah dengan mash potato sekali. Hah! Complete! 😍
.
.
RESEPI AYAM PANGGANG
=====================
.
Bahan-bahan:
Sekor ayam togel. Nak belah dua pun boleh aih.
4 biji bawang besar saiz sederhana.
5-6 biji bawang putih.
2 inci halia
2 sudu besar lada hitam, nak kurang, nak lebih, suka suka hatilah😂
2 sudu besar mix herbs
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam
1 ketul pati ayam
1 sudu besar gula
1 1/2 sudu teh garam
Air sikit untuk kisar
Mentega sikit untuk bakar
Optional- boleh renjis Smoked Flavour Liquid Chef Ammar sebelum bakar. Syok bau smoke tu😍
.
Cara-cara:
=========
1) Bersih dulu ayam. Kasi clear semua organ-organ dalam badan. Tos dan letak dalam satu bekas.
.
2) Blend semua jenis bawang, halia, lada hitam, pati ayam, semua sos, garam, gula.
.
3) Curah je semua bahan blend tadi atas ayam. Renjis-renjis mix herbs. Pastu korang gaul-gaul lah, sumbat dalam perut ayam tu bahan kisar tadi tu.
.
4) Perapkan dalam 1-2 jam. Kaknaz buh dalam plastik, masuk fridge.
.
5) Masa nak bakar, lumur sikit mentega atas ayam. Ni nak bagi kulit dia crispy giteww. Bakar dalam 1-2 jam. Suhu 200 darjah celcius. Ikut oven masing-masing tau. Lepas bakar 30 minit, lumurkan ayam dengan kuah dia. Tak bagi dia dry. Siap!
.
.
RESEPI KUAH BLACKPEPPER
========================
.
Bahan-bahan:
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan air
1 ketul pati ayam
2 sudu besar lada hitam (tumbuk)
3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos tiram
Kicap ikut suka, ni untuk kaler macam mana kita nak
Garam jika perlu
.
.
Cara-cara:
1) Cairkan mentega, masuk tepung terus kacau sampai sebati.
.
2) Dah didih, masuk air, kiub, lada hitam, sos lada hitam, sos tiram, kicap.
.
3) Biar didih sampai pekat. Masukkan garam jika perlu. Kalau nak banyak kuah, leh tambah air dengan tepung gandum lagi (tepung gandum bancuh dengan air dulu bagi larut, baru tuang dalam periuk tau. Kalau masuk terus, berketul la jadik).
periuk.
.
.
.
RESEPI MASH POTATO
===================
.
Bahan-bahan:
5 biji kentang - kupas dan potong kecik-kecik, rebus bagi lembut
2 sudu besar susu segar/susu tepung (bancuh dulu). - Sape suka lemak-lemak boleh tambah lagi. Kaknaz tak suka susu. Hahaha
Garam secukup rasa.
.
.
Cara-cara:
Lenyek-lenyek je kentang tu. Masuk susu, perasakan dengan garam.
.
Siap dah SET AYAM PANGGANG kita. Salad buat sendiri la no. Kikiki. Selamat mencuba!
.
Jemput SHARE kalau rasa bermanfaat. Sudi-sudilah FOLLOW FB kaknaz, Sharinaz Redwan ye. Nanti kaknaz share resepi lain pulak.






















😘

























Popular posts from this blog

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')? Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh di bawah : 100g beras putih = 365 kalori 100g beras perang = 349 kalori 100g beras 'parboiled' = 362 kalori Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah. BERAS 'PARBOILED' Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat d

RESEPI PIZZA HOMEMADE PALING MUDAH

Dinner hari tu buat pizza je. Anak bongsu demam je. Nak makan nasik tak lalu. Mintak mama buat pizza. Alhamdulillah lalu la jugak. Habis sepotong sampai terbelahak dia makan kenyang. Happy mama. Hihi. Ok ni resepi sape nak cuba buat nanti ye. Roti dia lembut je. Bahan A: 2 sudu besar yis mauripan 4 sudu besar gula 1 cawan air suam (mix kan semua ni, biar yis jadi kembang) Bahan B: 4 cawan tepung gandum 4 sudu besar mentega/marjerin (gaul sampai jadi macam serbuk roti) Lepas tu boleh masukkan sikit2 Bahan A dalam bekas Bahan B uli sampai jadi doh. Biar kejap dalam 30 minit sampai doh jadi 2 x ganda. Tumbuk-tumbuk bagi keluar angin. Lepas tu boleh leperkan atas tudung periuk. Cucuk2 dengan garfu sikit doh tu. Topping ni ikut suka jela. Saya sapu sos tomato + carbonara untuk basic dia. (kalau letak sos spageti tu sedap lagi) Lepas tu letak sosej, crab stick. Nak letak capsicum, bawang terpulang. Umah saya takde stok. Picit sos sikit, mayoni

DONUT GEBU (GUNA TEPUNG ROTI)

 Hari ni rajin sikit. Donut fluffy Adik mintak donut berapa hari dah. Siyes resepi ni donut lembut betul. RESEPI DONUT GEBU GEBAS 250 g tepung roti 30 g gula kastor 25 g shortening 10 g marjerin 1 bj kuning telur 5 g yis bancuh dulu dengan sedikit air suam. Kacau 50 ml susu segar (kaknaz guna bancuhan susu tepung) Secubit garam 3g bread improver Air - ikut kesesuaian doh **kaknaz gandakan sukatan atas untuk 500g tepung roti. Jadi semua kali dua. Cara bancuh : 1) Masukkan bahan kering, tepung roti ,gula,garam. Gaul rata. Kemudian masukkan marjerin, shortening, bread improver, gaul. 2) Masukkan kuning telur, susu segar dan bancuhan yis. 3) Gaul dan tambah air untuk lembutkan doh. 4) Adun sampai doh tak melekat dan elastik 5) Rehatkan doh dalam 20 minit. Lepas tu boleh canai dan tekap bagi bulat. Biar kejap bagi dia kembang. Baru goreng. Minyak pastikan betul-betul panas, dan api perlahan. Bila dah sejuk boleh salut gula. Kredit r