Skip to main content

RENEW SSM SECARA ONLINE JE


Korang tau tak sekarang nak renew SSM dah senang. Tak perlu pegi kaunter SSM / bank atau kiosk dah. Semuanya kat hujung jari je. Dulu kes company kaknaz terkubur sebab ni la. Malas betul nak keluar pegi renew. Last-last kena buat company baru . Yela, bulan pertama lewat kena bayar RM30. Bulan berikutnya RM10. Kopakk. Baik buat company baru. kikiki
.
Ok meh kaknaz ajar STEP BY STEP macam mana nak buat.
1) Pegi dekat link ni ---> https://ezbiz.ssm.com.my, sila SIGN UP.
.
2) Nanti korang akan dapat emel dari EzBiz. (Rujuk gambar 2). Dah dapat emel tu, kena print out. Dalam masa 14 hari, korang kena aktifkan dekat mana-mana kaunter SSM untuk seumur hidup. Jangan lupa bawak IC sekali.
.
3) Dah aktifkan, balik tu boleh log in semula. Klik tab 'My Bussiness Services' > 'Renewal By Owners'. (Rujuk gambar 3)
.
4) Tadaaaaa. Nama company korang dah masuk kat sistem. (Rujuk gambar 4)
.
5) Klik 'Action'. Keluar semua info, nak renew berapa tahun, kena kompaun lambat bayar ke tak. Kaknaz kena jugak ritu. Aduss, terbang duit..hahaa. Padan muka. Sape suruh tangguh. Ok, dah isi semua, korang boleh klik button 'Proceed to Payment'. Kaknaznya button tak aktif, sebab dah renew siap-siap kat kaunter tadi. Heee. Pastu follow je step bayaran. DONE! (Rujuk gambar 5)
.
6) Psstt..psst. kita bukan boleh renew je tau, nak tambah bisnes lain pun boleh dalam company kita. Ada banyak service boleh buat tanpa pegi SSM. Senang kan? Dah, korang kalau tak pasti boleh calling-calling SSM sendiri tanya, HOTLINE 603-7721 4000. Jangan tanya kaknaz soklan pelik-pelik, kaknaz ni jual minyak je. Tak keje kat SSM. hahahha.
.
Servis ni baru lagi, baru tahun ni start. Untuk sesiapa yang baru nak register SSM pun boleh terus pakai sistem ni. Tapi rasanya untuk first time, masih kena pegi kaunter SSM dulu untuk aktifkan.
.
Jadi jangan jadikan alasan takde masa nak pegi renew dah pasni. Kaknaz nak ucap terima kasih jugak untuk staff SSM Putrajaya, Encik Zulhilmi. Sangat mesra pelanggan. Tak kekok berurusan. So, korang, macam mana? Dapat sesuatu? Kalau rasa info ni berguna, boleh klik 'Share' ramai-ramai, supaya semua peniaga tau pasal EzBiz Online ni ye. 












Popular posts from this blog

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')? Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh di bawah : 100g beras putih = 365 kalori 100g beras perang = 349 kalori 100g beras 'parboiled' = 362 kalori Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah. BERAS 'PARBOILED' Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat d...

BERAPA LITER SAYA KENA MINUM AIR KOSONG SEHARI?

Kadang-kadang kita confius kan berapa banyak air nak kena minum sehari ni. 3 liter kah? 2 liter kah? Atau berliter-liter kah? Ada yang kata kita kena minum 1 liter untuk setiap berat badan 25kg. Contoh, awak berat 60kg, jadi 60 bahagi 25, awak perlukan 2.4 liter air kosong sehari. Itu cuma anggaran kasar je tau. Jangan ikut sangat kiraan itu. Sebab cuba saya bagi contoh diri sendiri, berat 48kg, jadi bahagi 25, saya perlukan 1.9 liter sehari. Aduhh, kering badan wei. Setiap kali workout pun saya akan minum 1.5 liter air. Inikan pula 1.9 liter sehari. Hakikat sebenarnya, keperluan air adalah berbeza bagi setiap individu, mengikut usia, jantina, berat badan, aktiviti harian, gaya hidup. Ini termasuklah cuaca dan juga iklim pada masa itu. Jadi macam mana nak sukat berapa banyak patut kita minum? Mudah saja, anda kena rasa sendiri. Hanya anda yang kenal diri sendiri. Bukan coach, bukan jiran sebelah rumah. Setiap kali dahaga minumlah secukupnya. Cara lain? Ada, kita lihat sendiri perubahan...

RESEPI SUP KAKI AYAM ALA THAI

Hari tu kaknaz buat sup kaki ayam ala thai ni. Fuhh, 1 periuk habis suami dengan anak bongsu makan. Meratah lagi. Memang favourite diorang berdua tu. Kakak, abang dengan kaknaz tak berapa makan sangat. Masak ala thai lagi sedap dari buat sup biasa tu. Sebab dia ada rasa masam, pedas. Jadi tak muak makan. Okay, bawah ni resepi dia ye. Resepi Sup Kaki Ayam Ala Thai ========================= Kaki ayam secukupnya - cuci & rebus sampai lembut. 2 biji bawang kecil - hiris 2 inci halia - tumbuk 3 biji bawang putih - tumbuk 1 sudu rempah sup 1 batang kulit kayu manis 3 biji bunga lawang 6-7 biji cili padi - ketuk 3 batang serai - ketuk 1 biji tomato - belah 6 1 biji limau nipis - ambil jus 1 biji bawang holland - hiris 5 helai daun limau purut Kobis bunga Lobak merah 1 kiub pati ayam Cara-cara Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, halia, bawang putih. Dah wangi masuk rempah sup, goreng sekejap. Masuk dalam rebusan kaki ayam tadi. Campak je...