Skip to main content

RESEPI SIZZLING YEE MEE PALING MUDAH.



Hujan petang-petang ni. Mesti ramai yang suka makan panas-panas nak bagi badan panas musim sejuk-sejuk ni kan. Ok, petang ni sambil tengok #Sinar tadi, kaknaz nak taip RESEPI SIZZLING YEE MEE paling mudah. Balik keje nanti boleh buat. Zassss, kejap je siap! Hehehe
.
.
Bahan-bahan:
Yee mee
Ayam - potong kecil
Sawi
Cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong. (stok kaknaz takde, pakai cendawan inoki pun bolehla😂)
5 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - hiris
5 biji cili kering - potong pendek-pendek
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat (ni kaknaz tak pakai)
1 sudu besar lada hitam - tumbuk
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air, kalau cair boleh tambah lagi
Minyak untuk menumis
Air
.
Cara-cara:
1) Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
.
2) Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat, serbuk lada hitam dan air. Biarkan mendidih dan ayam masak. Masukkan cendawan. Biarkan dalam 5 minit.
.
3) Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat. Masukkan minyak bijan, sawi dan gaul rata. Tutup api.
.
4) Bila nak hidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam pan kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, dan pecahkan sebiji telur. Kalau nak kuah banyak, tambah la lagi. Biar mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Nyum nyum.
.
Selamat mencuba tau. Sudi-sudilah FOLLOW FB kaknaz, Sharinaz Redwan dekat album ada resepi lain jugak. Jom tengok gambar kat bawah.




















Popular posts from this blog

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')? Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh di bawah : 100g beras putih = 365 kalori 100g beras perang = 349 kalori 100g beras 'parboiled' = 362 kalori Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah. BERAS 'PARBOILED' Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat d...

BERAPA LITER SAYA KENA MINUM AIR KOSONG SEHARI?

Kadang-kadang kita confius kan berapa banyak air nak kena minum sehari ni. 3 liter kah? 2 liter kah? Atau berliter-liter kah? Ada yang kata kita kena minum 1 liter untuk setiap berat badan 25kg. Contoh, awak berat 60kg, jadi 60 bahagi 25, awak perlukan 2.4 liter air kosong sehari. Itu cuma anggaran kasar je tau. Jangan ikut sangat kiraan itu. Sebab cuba saya bagi contoh diri sendiri, berat 48kg, jadi bahagi 25, saya perlukan 1.9 liter sehari. Aduhh, kering badan wei. Setiap kali workout pun saya akan minum 1.5 liter air. Inikan pula 1.9 liter sehari. Hakikat sebenarnya, keperluan air adalah berbeza bagi setiap individu, mengikut usia, jantina, berat badan, aktiviti harian, gaya hidup. Ini termasuklah cuaca dan juga iklim pada masa itu. Jadi macam mana nak sukat berapa banyak patut kita minum? Mudah saja, anda kena rasa sendiri. Hanya anda yang kenal diri sendiri. Bukan coach, bukan jiran sebelah rumah. Setiap kali dahaga minumlah secukupnya. Cara lain? Ada, kita lihat sendiri perubahan...

RESEPI SUP KAKI AYAM ALA THAI

Hari tu kaknaz buat sup kaki ayam ala thai ni. Fuhh, 1 periuk habis suami dengan anak bongsu makan. Meratah lagi. Memang favourite diorang berdua tu. Kakak, abang dengan kaknaz tak berapa makan sangat. Masak ala thai lagi sedap dari buat sup biasa tu. Sebab dia ada rasa masam, pedas. Jadi tak muak makan. Okay, bawah ni resepi dia ye. Resepi Sup Kaki Ayam Ala Thai ========================= Kaki ayam secukupnya - cuci & rebus sampai lembut. 2 biji bawang kecil - hiris 2 inci halia - tumbuk 3 biji bawang putih - tumbuk 1 sudu rempah sup 1 batang kulit kayu manis 3 biji bunga lawang 6-7 biji cili padi - ketuk 3 batang serai - ketuk 1 biji tomato - belah 6 1 biji limau nipis - ambil jus 1 biji bawang holland - hiris 5 helai daun limau purut Kobis bunga Lobak merah 1 kiub pati ayam Cara-cara Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, halia, bawang putih. Dah wangi masuk rempah sup, goreng sekejap. Masuk dalam rebusan kaki ayam tadi. Campak je...