Skip to main content

RESEPI KIMCHI KOREA ALA MALAYSIA

Terjebak dengan movie 'KIMCI UNTUK AWAK', kecuq la hai tengok kimci. Slurrp slurrp tengok diorang makan. Waduh-waduh. terus cari resepi nak buat kimci ni. Ingatkan susah. Senang je rupanya buat kimci ni tau. Jom kita belajar buat kimci yang simple ni.


Bahan-bahan mentah:


1 biji kobis panjang, dibelah 2 atau 4 memanjang. Lepas tu potong kecik-kecik dalam 2 cm.
Korang kalau taknak potong kecik, nak biar panjang pun boleh.
1/2 cawan garam kasar. Garam halus pun boleh la kalau takde. Untuk perap kobis ni.
2 biji lobak merah - dihiris menjadi batang mancis
Kucai, dipotong memanjang dalam 2 inci. Ikut suka nak banyak mana.
1 ikat daun bawang, dipotong memanjang dalam 2 inci
3 sudu besar serbuk cili - kaknaz pakai brand Babas. Orang Korea pakai 'kochukaru', lada kasar.  Boleh tengok FB OmmaSón by FaezAmer Korean Kitchen. Diorang ada jual.

Bahan kanji:
2sudu besar tepung pulut (kaknaz pakai tepung beras, tepung pulut non hado)
2 sudu besar gula perang
3/4 cawan air

Bahan kisar
1 ulas bawang besar Holland (kuning)
1 biji epal merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sudu besar sos ikan
2 sudu besar cencaluk (kalau suka)


Cara-Cara:
1) Kobis dibersihkan. Bersih selai-selai tau. Takut ada ulat hijo menyorok celah-celah tu. Tabur garam. Pastu gaul-gaul. Ulang step yang sama nagi semua daun kena garam. Setiap 30 minit balik-balikkan. Perap dalam 3-4 jam. Kobis akan mengecut dan layu. Nanti air dari kobis akan keluar.

Lepas 3-4 jam, cuci semua garam dari kobis. Rasa kobis tu, jika masih masin, cuci lagi. Lepas cuci,  perah air dari kobis sehingga kobis kering. Tapis dan biarkan seketika.


2) Untuk kanji pulak, masuk tepung, gula perang dan air dalam periuk kecil. Masak sekejap sampai pekat dan dan keluar bubble.

3) Kisar semua bahan kisar. Masukkan sikit kanji yang kita masak tadi, setakat boleh pusing pengisar je. Jangan masuk semua tau. Masuk panas-panas pun takpe. Kisar sampai halus.

4) Sediakan satu besen/mangkuk besar. Satukan bahan kisar dan serbuk cili. Gaul rata. Cuba rasa sikit, tambah gula/garam kalau perlu. Boleh tambah lagi lebihan kanji tadi

5) Masukkan kobis, lobak merah dan daun bawang ke dalam besen berisi bahan sos kimchi tadi. Gaul sebati. Pastikan setiap helai kobis kena dengan sos kimchi ni.

6) Masukkan ke dalam bekas bertutup dan biar sehingga 1-2 hari sehingga kimchi menapai. Kalau tengok naik buih-buih tu, kimchi dah siap boleh makan. Boleh makan dengan panas-panas, buat nasi goreng kimchi, makan dengan megi, dan boleh makan macam tu je tau. Fuhhh. dapppp ooo.

Try la tau. Kimchi ni tinggi antioksidan. Dapat lambatkan penuaan. Sebab tu orang korea comey-comey. Boleh Follow FB kaknaz, Sharinaz Redwan ye. Thanx sudi singgah sini.
























Popular posts from this blog

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')? Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh di bawah : 100g beras putih = 365 kalori 100g beras perang = 349 kalori 100g beras 'parboiled' = 362 kalori Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah. BERAS 'PARBOILED' Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat d...

BEZA ANTARA NATURAL & ORGANIK

Yes! Dua ni ada beza tau. Dulu kaknaz pun tak faham sangat beza dua ni. Bila dah google, dah baca sendiri, baru lah faham sikit-sikit. Biasa dengar orang cakap produk organik kan? Tapi apa sebenarnya istilah ORGANIK tu? Organik ni asalnya dari bahan yang 'totally' BEBAS dari bahan kimia 100% termasuklah dari racun perosak dan sebagainya. Bermula dari penanaman, penjagaan, penuaian dan proses pengilangan semuanya menggunakan daripada bahan organik contohnya seperti benih dan baja organik. Kebiasaannya, produk organik ni adalah lebih mahal berbanding yang lain kerana proses penyediaannya agak rumit dan kos penjagaannya juga tinggi. Tengok jelah sayur-sayuran organik dekat pasaraya, harganya lebih mahal kan kalau korang perasan? Tempat letak pun ada ruangannya tersendiri. Tak bercampur dengan sayur-sayur lain dan dipek dengan sempurna. Ini untuk memberi jaminan kesegarannya. Macam mana nak tahu produk itu organik? Biasanya produk yang 'claim' ian...

RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS DENGAN BLACKPEPPER SOS & MASH POTATO

Dia mai pulak dah. Why so serious petang-petang ni? Meh kaknaz banjer ayam golek sekor ni. Boleh buat makan dinner pulak. Kikiki. . Ni la ayam panggang semalam yang kaknaz buat. Makan dengan kuah blackpepper, mash potato, salad, dengan fries. Alhamdulillah, menjadik. Resepi ihsan dari Tuan Suami. Kihkihkih. Suami kaknaz ni memang pakar bako-membako nih. . Nak resepi? Meh kaknaz share resepi untuk ayam, kuah dengan mash potato sekali. Hah! Complete!  😍 . . RESEPI AYAM PANGGANG ===================== . Bahan-bahan: Sekor ayam togel. Nak belah dua pun boleh aih. 4 biji bawang besar saiz sederhana. 5-6 biji bawang putih. 2 inci halia 2 sudu besar lada hitam, nak kurang, nak lebih, suka suka hatilah 😂 2 sudu besar mix herbs 3 sudu besar madu 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos lada hitam 1 ketul pati ayam 1 sudu besar gula 1 1/2 sudu teh garam Air sikit untuk kisar Mentega sikit untuk bakar Optional- boleh renjis Smoked Flavour Liquid Chef Ammar ...