Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

10 TIPS MAINTAIN KURUS WALAUPUN MASAK SEDAP

Hihihi, kaknaz dengan food memang tak boleh dipisahkan. I love cooking. Sebab itu salah satu tempat untuk curahkan segala rasa kasih sayang, segala rasa stres, tempat untuk buat diri rasa freedom. Masak nak kata sedap macam chef tu melampau lah. Selalu jugak masak tak sedap. End up kau makanlah sorang-sorang. Hahaha Tapi kaknaz suka try masak menu baru. Lantaklah tak sedap pun. Janji aku dapat masak. Adeii. Masak, masak jugak, dah tu macam mana kau diet bila dah masak sedap-sedap? Ramai jugak pm tanya macam mana kaknaz boleh maintain kurus, siap loss weight lagi. Hurmmm..bagi kaknaz semuanya mindset kena control. Bila korang boleh control mindset, insyaAllah korang dapat control pemakanan. Ok, bawah ni antara TIPS yang kaknaz amalkan sampai sekarang okay: 1) Kaknaz amalkan IF (Intermittent Fasting). Biasanya 18-20 jam. Kaknaz akan stop makan paling lambat pukul 7 malam. So dalam pukul 3-4 petang esoknya baru makan. Dalam masa fasting tu cuma minum air kosong je

RESEPI DAGING BULGOGI & BIBIMBAP

Done IF 20:4. Berbuka dengan daging Bulgogi & bibimbap. Minum dengan smoothies. Aduii la 2-3 hari ni jadi tekak korea pulak akak kau.  🤣 Resepi daging Bulgogi ni kaknaz follow resepi Maangchi dekat youtube. Senang je. 500 gram, potong nipis-nipis ok Bahan kisar: 1/2 biji buah pear 1/2 biji bawang holland 4 biji bawang putih 1 inci halia Bahan perap lain: 1 potong green onion - kaknaz tak letak 2 sb brown sugar 2 sb soy sauce   Sedikit madu, resepi asal guna rice syrup Sedikit lada hitam - tumbuk 1 sb Minyak bijan Lobak merah hiris *kaknaz tambah kicap pekat jalen 3 sb sebab nak bagi dia nampak dark brown gitu. Cara-cara: Bahan kisar semua gaul dalam daging, campur bahan lain. Lepas tu perap dalam sejam. Lagi lama lagi sedap. Lepas tu grill je atas pan. Tak perlu letak minyak. Untuk bibimbap (nasi kerabu korea  🤭 ), sayur-sayur semua grill tanpa minyak, letak pes gochujang, telur gedik-gedik sebiji. Lepas tu kau gaul macam n

BEZA ANTARA NATURAL & ORGANIK

Yes! Dua ni ada beza tau. Dulu kaknaz pun tak faham sangat beza dua ni. Bila dah google, dah baca sendiri, baru lah faham sikit-sikit. Biasa dengar orang cakap produk organik kan? Tapi apa sebenarnya istilah ORGANIK tu? Organik ni asalnya dari bahan yang 'totally' BEBAS dari bahan kimia 100% termasuklah dari racun perosak dan sebagainya. Bermula dari penanaman, penjagaan, penuaian dan proses pengilangan semuanya menggunakan daripada bahan organik contohnya seperti benih dan baja organik. Kebiasaannya, produk organik ni adalah lebih mahal berbanding yang lain kerana proses penyediaannya agak rumit dan kos penjagaannya juga tinggi. Tengok jelah sayur-sayuran organik dekat pasaraya, harganya lebih mahal kan kalau korang perasan? Tempat letak pun ada ruangannya tersendiri. Tak bercampur dengan sayur-sayur lain dan dipek dengan sempurna. Ini untuk memberi jaminan kesegarannya. Macam mana nak tahu produk itu organik? Biasanya produk yang 'claim' ian

RESEPI NASI AYAM HAINAN SIHAT

Nasi ayam je uolss hari ni. Kaknaz buat versi sihat. Biasa buat tak berapa sihat. Kikiki. Ok direct kita tengok bahan je. Untuk nasi: 4 pot nasi 1 ekor ayam belah 4. (ayam kita dah siap potong kecik) 1 labu bawang holland (belah 4) 2 inci halia (hiris)  4 ulas bawang putih (hiris) Garam Air secukupnya Untuk sup: Air rebusan ayam nanti Boleh pilih sayur yang korang suka. Kaknaz pilih cendawan dan park choi. Taknak letak sayur pun ok. Sebab nanti nak makan dengan salad, timun, tomato. Sambal: 2 biji cili merah 10 biji cili padi 1 biji tomato 4 ulas bawang putih 1 sb cuka Sedikit gula kabung Garam Jangan tanya kuah kicap mana. Versi sihat takde kicap. Miahaha Cara-cara tengok dekat gambar okay. InsyaAllah sedap. Anak kaknaz makan sampai bertambah-tambah la. Sesak nafas pulak mak dia yang tengok. Kah! Korang jangan makan macam tu pulak. Tak kurus jangan marah kaknaz okay. Satukan ayam, bawang holl

RESEPI JJANGMYEON GUNA BAHAN MUDAH

Tteokbokki sudah, rabokki sudah, jjampong sudah, kimchi sudah, kimbap sudah, bimbimbap sudah, bulgogi sudah, hari ni buat menu baru pulak.  Siapa peminat Kdrama kalau tengok pelakon makan jjangmyeon ni mesti terliur habis. Hahaha. Dah lama teringin nak masak jjangmyeon, tapi hari ni baru rajin. Kihkihkih. Jjangmyeon ni maksudnya mee kacang hitam. Bahan asasnya adalah kacang hitam. Kacang yang direbus dan dikisar. Ada juga pes dia yang dah siap jual, namanya 'chunjang'. Dengar kata dekat Jaya Grocer ada jual. Status halal tak pasti, sebab kaknaz tak sempat cari lagi.  Jadi resepi dekat bawah kaknaz cuma pakai kicap pekat, dan kicap biasa saja. Rasa? Ikut tekak sendiri mabeles jugak. Adeiii. Biasalah, sendiri masak kena la puji sendiri ye tak? Haha. Okay kita terus tengok bahan ye. Senang je nak masak ni. 1 paket mee fat boi 1 biji kentang - potong dadu 1 biji bawang holland - potong dadu 1/2 biji lada benggala - potong dadu

APA ITU "DOUBLE CLEANSING"

Okay gais, hari ni kaknaz nak share salah satu step rutin penjagaan muka kaknaz. Muka tak adalah vavavom feloles macam retis, masih ada juga parut jerawat tepi pipi sebab masa bulan puasa hari tu muka breakout macam hape je. Nyampah! Siapa nak tekstur "glass skin" kena rajin guna step ni. Alhamdulillah, kulit sekarang dah okay sikit, dalam proses nak pudarkan kesan-kesan parut. Pernah dengar "DOUBLE CLEANSING"? Inilah rahsianya. Sebenarnya kaknaz baru 2 minggu macam tu buat "double cleansing" ni. Kesan dia? Wowww sangat gais! Korang wajib cuba. Apa itu "double cleansing"? Ok, "double cleansing" bermaksud kita cuci muka kita sebanyak dua kali lah kan?  Satu dengan oil based product dan satu lagi dengan water based product (cleanser yang korang pakai hari-hari tu lah). Oil-based cleanser untuk cuci segala oil-based impurities, contoh macam makeup, sunscreen, yang kita pakai hari-hari tu.  Water-based cle