Skip to main content

RESEPI JJANGMYEON GUNA BAHAN MUDAH





Tteokbokki sudah, rabokki sudah, jjampong sudah, kimchi sudah, kimbap sudah, bimbimbap sudah, bulgogi sudah, hari ni buat menu baru pulak. 


Siapa peminat Kdrama kalau tengok pelakon makan jjangmyeon ni mesti terliur habis. Hahaha.

Dah lama teringin nak masak jjangmyeon, tapi hari ni baru rajin. Kihkihkih.

Jjangmyeon ni maksudnya mee kacang hitam. Bahan asasnya adalah kacang hitam. Kacang yang direbus dan dikisar.

Ada juga pes dia yang dah siap jual, namanya 'chunjang'. Dengar kata dekat Jaya Grocer ada jual.

Status halal tak pasti, sebab kaknaz tak sempat cari lagi. 

Jadi resepi dekat bawah kaknaz cuma pakai kicap pekat, dan kicap biasa saja.

Rasa? Ikut tekak sendiri mabeles jugak. Adeiii. Biasalah, sendiri masak kena la puji sendiri ye tak? Haha.

Okay kita terus tengok bahan ye. Senang je nak masak ni.

1 paket mee fat boi
1 biji kentang - potong dadu
1 biji bawang holland - potong dadu
1/2 biji lada benggala - potong dadu
1/2 batang lobak merah - potong dadu
4 biji bawang putih - cincang
2 ketul dada ayam - potong dadu
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak bijan
1 kiub ayam
1 sudu besar pes cili
3 sudu besar kicap pekat jalen
Kicap biasa secukupnya (kipas udang sedap) 
Tepung jagung untuk pekatkan kuah
Garam
Gula
Cuka

Cara-cara meh tengok gambar di bawah ye.

Selamat mencuba.





Ni antara bahan asas ye. Complete bahan tengok dekat status.




Tumis bawang putih + bawang holland sampai wangi. Lepas tu boleh masuk pes cili ye. Kaknaz masuk kemudian sebab pes cili memang kaknaz dah siap tumis. Cedok masuk je.



Masuk ayam, kentang, lobak merah. Gaul-gaul kejap. Tutup bagi masak empuk kejap.




Sementara tu, pergi rebus mee dulu. Dah masak, tapis ketepikan.



Bila ayam, kentang tadi dah empuk, masuk kan kicap pekat, kicap biasa, air, kiub pati ayam, pes cili yang kaknaz dah tumis. Agak-agakla nak kuah banyak mana. Bagi mendidih kejap.




Dah mendidih masukkan air bancuhan tepung jagung. Masa ni masuklah lada benggala tadi. Kaknaz tak suka masuk awal-awal, sebab tak suka dia lembik.

Masa ni boleh masuk garam, gula, cuka ikut tekak masing-masing.




Dah siap, letak dalam pinggan cantik-cantik. Goreng telur mata gedik-gedik sebiji. Pheewww!






Popular posts from this blog

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')? Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh di bawah : 100g beras putih = 365 kalori 100g beras perang = 349 kalori 100g beras 'parboiled' = 362 kalori Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah. BERAS 'PARBOILED' Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat d...

BERAPA LITER SAYA KENA MINUM AIR KOSONG SEHARI?

Kadang-kadang kita confius kan berapa banyak air nak kena minum sehari ni. 3 liter kah? 2 liter kah? Atau berliter-liter kah? Ada yang kata kita kena minum 1 liter untuk setiap berat badan 25kg. Contoh, awak berat 60kg, jadi 60 bahagi 25, awak perlukan 2.4 liter air kosong sehari. Itu cuma anggaran kasar je tau. Jangan ikut sangat kiraan itu. Sebab cuba saya bagi contoh diri sendiri, berat 48kg, jadi bahagi 25, saya perlukan 1.9 liter sehari. Aduhh, kering badan wei. Setiap kali workout pun saya akan minum 1.5 liter air. Inikan pula 1.9 liter sehari. Hakikat sebenarnya, keperluan air adalah berbeza bagi setiap individu, mengikut usia, jantina, berat badan, aktiviti harian, gaya hidup. Ini termasuklah cuaca dan juga iklim pada masa itu. Jadi macam mana nak sukat berapa banyak patut kita minum? Mudah saja, anda kena rasa sendiri. Hanya anda yang kenal diri sendiri. Bukan coach, bukan jiran sebelah rumah. Setiap kali dahaga minumlah secukupnya. Cara lain? Ada, kita lihat sendiri perubahan...

RESEPI SUP KAKI AYAM ALA THAI

Hari tu kaknaz buat sup kaki ayam ala thai ni. Fuhh, 1 periuk habis suami dengan anak bongsu makan. Meratah lagi. Memang favourite diorang berdua tu. Kakak, abang dengan kaknaz tak berapa makan sangat. Masak ala thai lagi sedap dari buat sup biasa tu. Sebab dia ada rasa masam, pedas. Jadi tak muak makan. Okay, bawah ni resepi dia ye. Resepi Sup Kaki Ayam Ala Thai ========================= Kaki ayam secukupnya - cuci & rebus sampai lembut. 2 biji bawang kecil - hiris 2 inci halia - tumbuk 3 biji bawang putih - tumbuk 1 sudu rempah sup 1 batang kulit kayu manis 3 biji bunga lawang 6-7 biji cili padi - ketuk 3 batang serai - ketuk 1 biji tomato - belah 6 1 biji limau nipis - ambil jus 1 biji bawang holland - hiris 5 helai daun limau purut Kobis bunga Lobak merah 1 kiub pati ayam Cara-cara Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, halia, bawang putih. Dah wangi masuk rempah sup, goreng sekejap. Masuk dalam rebusan kaki ayam tadi. Campak je...