Skip to main content

10 TIPS MAINTAIN KURUS WALAUPUN MASAK SEDAP



Hihihi, kaknaz dengan food memang tak boleh dipisahkan. I love cooking. Sebab itu salah satu tempat untuk curahkan segala rasa kasih sayang, segala rasa stres, tempat untuk buat diri rasa freedom.

Masak nak kata sedap macam chef tu melampau lah. Selalu jugak masak tak sedap. End up kau makanlah sorang-sorang. Hahaha

Tapi kaknaz suka try masak menu baru. Lantaklah tak sedap pun. Janji aku dapat masak. Adeii.

Masak, masak jugak, dah tu macam mana kau diet bila dah masak sedap-sedap? Ramai jugak pm tanya macam mana kaknaz boleh maintain kurus, siap loss weight lagi.

Hurmmm..bagi kaknaz semuanya mindset kena control. Bila korang boleh control mindset, insyaAllah korang dapat control pemakanan.

Ok, bawah ni antara TIPS yang kaknaz amalkan sampai sekarang okay:

1) Kaknaz amalkan IF (Intermittent Fasting). Biasanya 18-20 jam. Kaknaz akan stop makan paling lambat pukul 7 malam. So dalam pukul 3-4 petang esoknya baru makan. Dalam masa fasting tu cuma minum air kosong je. Kerja rumah, workout buat macam biasa.

2) Greentea + Halia. Boleh kata setiap hari kaknaz akan minum air ni. Biasanya kaknaz akan minum selepas makan 30 minit lepas tu. Atau sebelum workout. Kalau workout pagi, kaknaz amik greentea saja. Add on halia sebelah petang. Sebab IF kan.

Okay, air ini akan naikkan metabolisma badan korang. Badan rasa fresh, berpeluh, energitic. Baru syok kan.

3) Air kosong. Tolong amalkan. Sekurang-kurangnya 3L sehari. Bangun pagi biasa kaknaz akan terus minum air SUAM dalam 2 gelas. Kenyang woih. Haha.

Air sejuk? Kaknaz memang tak amalkan. Kecuali time workout baru minum sebab gila panas temperature badan. kikiki. Tapi kaknaz tak minum air ais ye. Memang tak suka. Rasa macam mana ntah. Bila minum badan rasa lemau. Tak boleh terima.

4) Elak air manis. Ni satu lagi kaknaz wajib elakkan. Pergi beraya hari tu pun kaknaz bawa sendiri botol air kosong sendiri. Usunglah ke mana saja, sebab dah tau orang akan hidang air manis. Segan pulak nak minta air kosong.

Amalkan bawa air kosong ni bila-bila masa keluar rumah sekalipun okay. Ke mana saja.

5) Makan banyak sayur dan buah. Ni bagus untuk fiber. Kaknaz biasanya akan makan buah sebelum makan makanan berat. Jangan kau bedal buah durian pulak sampai 2 biji. Adeh! Buah tu bolehlah buat smoothies atau jus. Minum kenyang-kenyang dulu. InsyaAllah kau akan makan sikit je nanti. Masa makan, lebihkan sayur-sayur hijau. Ulam bagus.

6) Makan sedap? Yang ni kadang-kadang kita memang tak boleh elak. Tapi pleaseeee jaga portion, ingat kalori. Kaknaz takdelah expert kira kalori. Tapi boleh agak la.

Bila dah terlajak makan, biasanya esok kaknaz akan cut makan, eatclean semula. Buat workout. Sampai berat sampai ke berat asal.

7) Penimbang! Wajib ada okay. Setiap hari lepas bangun tidur kaknaz akan timbang. Pastikan berat tidak naik mendadak. Dulu kaknaz buat silap. Bila dah kurus, kaknaz malas timbang. Sampai terlajak-lajak naik berat badan.

Sekarang hari-hari kaknaz akan monitor berat. Lantaklah orang kata aku obses. HAHAHA. Kalau aku gemuk, aku jugak yang susah hati sensorang.

8) Sharing. Biasalah kita takkan dapat melawan nafsu bila nampak fast food, makanan yang sedap-sedap dekat kedai. Berkongsilah! Share dengan anak, suami. Jangan dok pelahap sorang-sorang semua. Hahaha.

9) RESPECT your stomach. Bila dah rasa kenyang, berhentilah. Lagi bagus kalau berhenti sebelum kenyang. Jangan paksa makan. Sebab itulah bila nak makan, ambil portion yang kecil dahulu. Jangan tamak. Kalau tak cukup baru tambah.

Ni sebab nafsu, kau ambil banyak-banyak, takut makanan tu habis, last-last tak habis. Kesian makanan tu.

10) Workout. Tolong jadikan rutin hidup korang. Sekarang ada banyak video zumba dekat youtube. Tak perlu tunggu kena pergi kelas zumba. Tak perlu tunggu cuti baru ada masa nak joging dekat taman. Itu semua ALASAN je. Kalau kita nak, bila-bila masa pun boleh. Tak kira tempat.

Nak kurus kau kena OBSES. Tapi bukan obses dengan ambil pil-pil kurus yang bagi kesan sampingan. Obses lah secara sihat, ok?

Dah membebel banyak-banyak tak tahu lah kau ikut ke tak. Jom siapa nak teman kaknaz zumba pagi ni? hihihi

Love,
Kaknaz

Popular posts from this blog

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')? Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh di bawah : 100g beras putih = 365 kalori 100g beras perang = 349 kalori 100g beras 'parboiled' = 362 kalori Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah. BERAS 'PARBOILED' Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat d...

BERAPA LITER SAYA KENA MINUM AIR KOSONG SEHARI?

Kadang-kadang kita confius kan berapa banyak air nak kena minum sehari ni. 3 liter kah? 2 liter kah? Atau berliter-liter kah? Ada yang kata kita kena minum 1 liter untuk setiap berat badan 25kg. Contoh, awak berat 60kg, jadi 60 bahagi 25, awak perlukan 2.4 liter air kosong sehari. Itu cuma anggaran kasar je tau. Jangan ikut sangat kiraan itu. Sebab cuba saya bagi contoh diri sendiri, berat 48kg, jadi bahagi 25, saya perlukan 1.9 liter sehari. Aduhh, kering badan wei. Setiap kali workout pun saya akan minum 1.5 liter air. Inikan pula 1.9 liter sehari. Hakikat sebenarnya, keperluan air adalah berbeza bagi setiap individu, mengikut usia, jantina, berat badan, aktiviti harian, gaya hidup. Ini termasuklah cuaca dan juga iklim pada masa itu. Jadi macam mana nak sukat berapa banyak patut kita minum? Mudah saja, anda kena rasa sendiri. Hanya anda yang kenal diri sendiri. Bukan coach, bukan jiran sebelah rumah. Setiap kali dahaga minumlah secukupnya. Cara lain? Ada, kita lihat sendiri perubahan...

RESEPI SUP KAKI AYAM ALA THAI

Hari tu kaknaz buat sup kaki ayam ala thai ni. Fuhh, 1 periuk habis suami dengan anak bongsu makan. Meratah lagi. Memang favourite diorang berdua tu. Kakak, abang dengan kaknaz tak berapa makan sangat. Masak ala thai lagi sedap dari buat sup biasa tu. Sebab dia ada rasa masam, pedas. Jadi tak muak makan. Okay, bawah ni resepi dia ye. Resepi Sup Kaki Ayam Ala Thai ========================= Kaki ayam secukupnya - cuci & rebus sampai lembut. 2 biji bawang kecil - hiris 2 inci halia - tumbuk 3 biji bawang putih - tumbuk 1 sudu rempah sup 1 batang kulit kayu manis 3 biji bunga lawang 6-7 biji cili padi - ketuk 3 batang serai - ketuk 1 biji tomato - belah 6 1 biji limau nipis - ambil jus 1 biji bawang holland - hiris 5 helai daun limau purut Kobis bunga Lobak merah 1 kiub pati ayam Cara-cara Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, halia, bawang putih. Dah wangi masuk rempah sup, goreng sekejap. Masuk dalam rebusan kaki ayam tadi. Campak je...