Skip to main content

APA ITU "DOUBLE CLEANSING"


Okay gais, hari ni kaknaz nak share salah satu step rutin penjagaan muka kaknaz. Muka tak adalah vavavom feloles macam retis, masih ada juga parut jerawat tepi pipi sebab masa bulan puasa hari tu muka breakout macam hape je. Nyampah!

Siapa nak tekstur "glass skin" kena rajin guna step ni. Alhamdulillah, kulit sekarang dah okay sikit, dalam proses nak pudarkan kesan-kesan parut.

Pernah dengar "DOUBLE CLEANSING"?

Inilah rahsianya. Sebenarnya kaknaz baru 2 minggu macam tu buat "double cleansing" ni. Kesan dia? Wowww sangat gais! Korang wajib cuba.

Apa itu "double cleansing"?

Ok, "double cleansing" bermaksud kita cuci muka kita sebanyak dua kali lah kan? 

Satu dengan oil based product dan satu lagi dengan water based product (cleanser yang korang pakai hari-hari tu lah).

Oil-based cleanser untuk cuci segala oil-based impurities, contoh macam makeup, sunscreen, yang kita pakai hari-hari tu. 

Water-based cleanser untuk cuci segala water-based impurities, contohnya peluh dan debu debu dekat muka.

Kenapa? Kenapa sampai kena dua kali cuci muka?! 

Pernah belajar tak dekat sekolah subjek Sains, cikgu cakap air dan minyak tidak boleh bersatu dan sebab itulah kita tak boleh gunakan water based product untuk hilangkan kotoran yang berasaskan minyak ni. 

Logik kan?

Kalau setakat pakai normal cleanser tu, dia cuma cuci muka dari debu dan peluh je. Habis tu minyak semua? 

Kalau tak bersihkan minyak ni semua, nanti mulalah pores kita tersumbat. Bila tersumbat, jadilah macam macam dekat muka, naik jerawat lah, blackheads, whiteheads.

Senang je nak buat "double cleansing" ni, untuk oil based cleanser kaknaz cuma guna minyak argan ByHanneas je. 

Lumur, urut-urut muka, biar dalam 1-2 minit macam tu. Bilas. Lepas tu baru guna cleanser harian kita tu.

Lepas tu, kaknaz pakai toner, sapu minyak ros pulak. Siap.

Untuk oil based cleanser ni korang boleh cari jugak dekat Watson / Guardian. Kaknaz guna minyak argan je, jimat!

Untuk korang yang rajin makeup, guna skincare berlayer-layer setiap hari, elok buat waktu malam sebelum tidur.

Kaknaz biasa buat pagi. Malam malas dah.
Hahaha. Lagipun tak makeup pun dok rumah.

Cubalah, korang akan rasa perbezaan dia.

Percayalahhhhhhhh..... 


Love,
Kaknaz.


Popular posts from this blog

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')? Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh di bawah : 100g beras putih = 365 kalori 100g beras perang = 349 kalori 100g beras 'parboiled' = 362 kalori Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah. BERAS 'PARBOILED' Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat d...

BERAPA LITER SAYA KENA MINUM AIR KOSONG SEHARI?

Kadang-kadang kita confius kan berapa banyak air nak kena minum sehari ni. 3 liter kah? 2 liter kah? Atau berliter-liter kah? Ada yang kata kita kena minum 1 liter untuk setiap berat badan 25kg. Contoh, awak berat 60kg, jadi 60 bahagi 25, awak perlukan 2.4 liter air kosong sehari. Itu cuma anggaran kasar je tau. Jangan ikut sangat kiraan itu. Sebab cuba saya bagi contoh diri sendiri, berat 48kg, jadi bahagi 25, saya perlukan 1.9 liter sehari. Aduhh, kering badan wei. Setiap kali workout pun saya akan minum 1.5 liter air. Inikan pula 1.9 liter sehari. Hakikat sebenarnya, keperluan air adalah berbeza bagi setiap individu, mengikut usia, jantina, berat badan, aktiviti harian, gaya hidup. Ini termasuklah cuaca dan juga iklim pada masa itu. Jadi macam mana nak sukat berapa banyak patut kita minum? Mudah saja, anda kena rasa sendiri. Hanya anda yang kenal diri sendiri. Bukan coach, bukan jiran sebelah rumah. Setiap kali dahaga minumlah secukupnya. Cara lain? Ada, kita lihat sendiri perubahan...

RESEPI SUP KAKI AYAM ALA THAI

Hari tu kaknaz buat sup kaki ayam ala thai ni. Fuhh, 1 periuk habis suami dengan anak bongsu makan. Meratah lagi. Memang favourite diorang berdua tu. Kakak, abang dengan kaknaz tak berapa makan sangat. Masak ala thai lagi sedap dari buat sup biasa tu. Sebab dia ada rasa masam, pedas. Jadi tak muak makan. Okay, bawah ni resepi dia ye. Resepi Sup Kaki Ayam Ala Thai ========================= Kaki ayam secukupnya - cuci & rebus sampai lembut. 2 biji bawang kecil - hiris 2 inci halia - tumbuk 3 biji bawang putih - tumbuk 1 sudu rempah sup 1 batang kulit kayu manis 3 biji bunga lawang 6-7 biji cili padi - ketuk 3 batang serai - ketuk 1 biji tomato - belah 6 1 biji limau nipis - ambil jus 1 biji bawang holland - hiris 5 helai daun limau purut Kobis bunga Lobak merah 1 kiub pati ayam Cara-cara Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, halia, bawang putih. Dah wangi masuk rempah sup, goreng sekejap. Masuk dalam rebusan kaki ayam tadi. Campak je...