Skip to main content

RESEPI NASI AYAM HAINAN SIHAT





Nasi ayam je uolss hari ni. Kaknaz buat versi sihat. Biasa buat tak berapa sihat. Kikiki.

Ok direct kita tengok bahan je.

Untuk nasi:
4 pot nasi
1 ekor ayam belah 4. (ayam kita dah siap potong kecik)
1 labu bawang holland (belah 4)
2 inci halia (hiris) 
4 ulas bawang putih (hiris)
Garam
Air secukupnya

Untuk sup:
Air rebusan ayam nanti
Boleh pilih sayur yang korang suka.
Kaknaz pilih cendawan dan park choi. Taknak letak sayur pun ok. Sebab nanti nak makan dengan salad, timun, tomato.

Sambal:
2 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji tomato
4 ulas bawang putih
1 sb cuka
Sedikit gula kabung
Garam

Jangan tanya kuah kicap mana. Versi sihat takde kicap. Miahaha

Cara-cara tengok dekat gambar okay.

InsyaAllah sedap. Anak kaknaz makan sampai bertambah-tambah la.

Sesak nafas pulak mak dia yang tengok. Kah!

Korang jangan makan macam tu pulak. Tak kurus jangan marah kaknaz okay.





Satukan ayam, bawang holland, bawang putih, halia dalam periuk. Garam dan air secukupnya.

Rebus sampai ayam masak.

Jangan pandai-pandai nak tambah pak aji, mak aji, kiub ke apa okay. Kata nak sihat. Jentik tangan tu kalau gatal nak letak jugak. 😂

Rasa manis dari ayam tu nanti dah cukup sedap dah.






Bila ayam dah siap masak, cari periuk lain untuk tanak nasi. Kaknaz guna periuk tanah seramik ni ha. Tapi kalau masak nasi guna periuk ni memang berkerak.

Dah la guna beras mahai oiii. Membazir nanti. Jadi kaknaz masak guna kaedah double boil.

Apa lagi, basuh lah beras. Susun ayam atas beras sekali dengan segala bawang, mak nenek semua tu lah. Humban je. 🤣

Air rebusan tadi pun masuk sekali. Ikut sukatan ye. Contoh 4 cawan beras, 4 cawan air rebusan.

Kaknaz guna beras basmati. Lawa sikit kejadian dia nanti. Kihkih.

Tudung kan, biar je dia masak diam-diam kat situ. Kau pegilah berzumba kejap.






Okay, sup ni senang je. Campak je segala sayur kau nak. Kaknaz suka letak cendawan. Nanti kuah sup jadi sedappp. Boleh adjust tambah air / garam.

Ingat, jangan gatal-gatal tangan letak perasa. Fokus resepi ni resepi sihat ok.

Haih🤣





Tada siap. Tangkap lah gambar. Apa lagi? 😜




Sambal ni sedap okayy!

Kau blend aje semua tu. Kalau malas kau boleh tumbuk guna lesung batu kat rumah tu sampai lumat. 🤭





Ok ni rupa dia.





Panaskan kejap atas kuali. Siap! Pedas woihh! Taknak pedas kurangkan cili padi.





Boleh la makan bersama sayur lain. Jangan malas makan sayur!





Aduhh, gigil tangan akak kau kacau. Punya takut nasi patah. Hahahaha

Semoga bermanfaat untuk semua. Silakan #share kalau suka.

Popular posts from this blog

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')? Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh di bawah : 100g beras putih = 365 kalori 100g beras perang = 349 kalori 100g beras 'parboiled' = 362 kalori Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah. BERAS 'PARBOILED' Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat d...

BEZA ANTARA NATURAL & ORGANIK

Yes! Dua ni ada beza tau. Dulu kaknaz pun tak faham sangat beza dua ni. Bila dah google, dah baca sendiri, baru lah faham sikit-sikit. Biasa dengar orang cakap produk organik kan? Tapi apa sebenarnya istilah ORGANIK tu? Organik ni asalnya dari bahan yang 'totally' BEBAS dari bahan kimia 100% termasuklah dari racun perosak dan sebagainya. Bermula dari penanaman, penjagaan, penuaian dan proses pengilangan semuanya menggunakan daripada bahan organik contohnya seperti benih dan baja organik. Kebiasaannya, produk organik ni adalah lebih mahal berbanding yang lain kerana proses penyediaannya agak rumit dan kos penjagaannya juga tinggi. Tengok jelah sayur-sayuran organik dekat pasaraya, harganya lebih mahal kan kalau korang perasan? Tempat letak pun ada ruangannya tersendiri. Tak bercampur dengan sayur-sayur lain dan dipek dengan sempurna. Ini untuk memberi jaminan kesegarannya. Macam mana nak tahu produk itu organik? Biasanya produk yang 'claim' ian...

RESEPI PIZZA HOMEMADE PALING MUDAH

Dinner hari tu buat pizza je. Anak bongsu demam je. Nak makan nasik tak lalu. Mintak mama buat pizza. Alhamdulillah lalu la jugak. Habis sepotong sampai terbelahak dia makan kenyang. Happy mama. Hihi. Ok ni resepi sape nak cuba buat nanti ye. Roti dia lembut je. Bahan A: 2 sudu besar yis mauripan 4 sudu besar gula 1 cawan air suam (mix kan semua ni, biar yis jadi kembang) Bahan B: 4 cawan tepung gandum 4 sudu besar mentega/marjerin (gaul sampai jadi macam serbuk roti) Lepas tu boleh masukkan sikit2 Bahan A dalam bekas Bahan B uli sampai jadi doh. Biar kejap dalam 30 minit sampai doh jadi 2 x ganda. Tumbuk-tumbuk bagi keluar angin. Lepas tu boleh leperkan atas tudung periuk. Cucuk2 dengan garfu sikit doh tu. Topping ni ikut suka jela. Saya sapu sos tomato + carbonara untuk basic dia. (kalau letak sos spageti tu sedap lagi) Lepas tu letak sosej, crab stick. Nak letak capsicum, bawang terpulang. Umah saya takde stok. Picit sos sikit, mayoni...