Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

DIY HAIR & SCALP MIST

Selamat berkerja semua. Perkongsian kaknaz hari ini, kaknaz akan ajar cara-cara untuk membuat 'DIY - Hair & Scalp Mist'. . Ikuti langkah-langkah yang telah kaknaz kongsikan seperti di dalam gambar. InsyaAllah rambut akan lebih lembut dan dapat merawat kulit kepala. P/s: Walaupun fakta sains minyak dan air tidak dapat bersatu, tapi ini adala h salah satu cara untuk merawat kulit kepala anda. Ringkas dan mudah untuk anda buat di rumah. . Selamat mencuba .💓

TIPS RAMBUT GUGUR

Sedikit perkongsian mengenai minyak argan. Tahukah anda sekiranya anda menghadapi masalah keguguran rambut, minyak argan merupakan salah satu jalan penyelesaiannya. . Begini caranya: ⏩  Titiskan minyak argan ini secara terus ke bahagian rambut dan kulit kepala . ⏩  Urut secara perlahan dan lembut. ⏩  Rehatkan rambut sekurang-kurangnya 30 minit kemudian basuh. ⏩ Digalakkan untuk membiarkan rambut yang telah disapukan minyak argan ini semalaman. ⏩  Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. P/s: pastikan penggunaannya secara teratur dan konsisten. InsyaAllah akan nampak perubahannya.

RESEPI EGG BENEDICT WITH CHICKEN, MUDAH DAN SEDAP

~ Egg Benedict with Chicken ~ Roti 6 keping Telur 2 biji – sy pakai 3 bj Susu segar 1/2 cawan – boleh bancuh susu tepung/ susu cair klu xde fresh milk Inti – ayam/sosej/udang dll Cheese – yg parut boleh..yg slice pun boleh Lada sulah – ni sy xde, ganti ngn mix herbs Cara2 : 1. Susun roti dalam loyang, penyet2 sikit bg rata.. 2. Bancuh telur & susu n lada sulah..tuang atas roti.. 3. Tabur inti kat atas 4. Letak cheese kat atas 5. Bakar apr perlahan dalam 20- 30 minit/smpi masak (temperature agak2 jgn kuat sgt, pki api atas bwh, sy pakai magic pan je..hehe..tp makesure loyang muat la dlm magic pan tu) Done! Kena tunggu sejuk,bg cheese dia.sejuk.skit br potong mkn, klu tak dia cair..

RESEPI MURTABAK ROTI CHEESY

Assalamualaikum… Hari ni mama over rajin…dah lama share resepi ni dekat FB ..hari ni baru sempat nak buat..atau erti kata lain mood rajin tu datang..hehehe.. Resepi ni ada yg saya ubah..ikut citarasa kan..ok jom kita tgk bahan2 dan cara2 nak buatnya.. Bahan-bahannya ✦ 10 keping roti Gardinier ✦ 1 biji bawang besar dipotong dadu ✦ 3 ulas bawang putih potong halus ✦ 1 paket daging hancur(Ramly burger) ✦ 1/3 biji lada benggala merah, potong dadu ✦ 1/3 biji lada benggala kuning, potong dadu ✦ 3 1/2 sudu besar rempah kurma ✦ 1 biji ubi kentang dipotong dadu ✦ 5 biji telur ✦ 1 gelas susu segar ✦ 3 sudu besar sos tomato spageti ✦ 1/2 paket cheese mozarella sedikit minyak untuk menumis ✦ Garam secukup rasa ✦ Oregano Cara memasak inti 1- Panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pula rempah kurma yang dibancuh bersama sedikit air.Goreng hingga garing. Seterusnya masukkan sos tomato spageti. 2- Masukkan daging hancur kedalam kuali dan kacau

RESEPI EGG IN THE BUCKET MUDAH

Assalamualaikum sahabat… Lama dah nak buat resepi…tapi asyik lupa je kan…ni teringat pun sebab terbeli roti sampai 2 buku..yg jumbo pulak tu..google2 la resepi roti ni..hehehe..pastu jumpa yg ni.. Senang je pun buatnya…brp minit je pun dah siap…Jom kita tengok cara nak buatnya. Bahan-bahannya: Roti putih Gardenia Butter Telur Lada sulah Oregano Garam Cara-caranya: 1) Tebuk 4 segi kat tengah2 roti, guna pisau, ada org tekap ngn gelas utk tebuk, boleh jugak..tp mama versi lain..hihi…lps potong tu, penyet2 sikit kat tepi2 lubang tu, nanti pecahkan telur dia xde la ngalir keluar.. 2) Sapukan butter ke keuda-dua belah permukaan roti. 3) Cairkan butter di frying pan. 4) Letakkan roti di frying pan. Api kecil ye, alih2.. 5) Kemudian, bahagian permukaan roti yg penyet td tu, letakkan butter di bahagian tengah roti yg dah berlubang tu, Kemudia masukkan telur. Tabur lada sulah, dan oregano dan sedikit garam. 6) Biarkan seketika sampai telur agak2 masak…then siap!! Kalau na

RESEPI AYAM GORENG KFC HOMEMADE MUDAH

Assalamualaikum sahabat.. Beberapa hari lepas saya ada post pic di FB pic Ayam Goreng ala KFC Homemade.. Ramai pulak yang inbox tanyakan resepinya..supaya tak hilang resepinya, saya kongsikan di sini ye… Memang sedap rasa mcm KFC punya…anak2 mesti suka…lagi jimat buat sendiri kan..jom tengok resepi dan cara2 nya…: Resepi Ayam Goreng Ala KFC Perap untuk sejam: 1 ekor ayam potong 7 ulas bawang putih tumbuk 2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi) – ni sy pakai cili blend je 1 sudu serbuk kari ayam secubit ajinamoto – sy xpakai ni, sy pakai sikit ‘cukup rasa’ secubit soda bikarbonat garam 2 sudu teh air sedikit nak bagi rempah senang serap – ni sy x masuk, sbb dah guna cili blend, dah berair Bahan untuk tepung salut : 2 cawan tepung jagung 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing) – ni sy x masuk, takut pedas anak2 xleh mkn garam secukup rasa secubit soda bikarbonat 1biji telur **extra, sy masukkan s

RESEPI DAGING MASAK BLACKPEPPER MUDAH DAN SIMPLE

Assalamualaikum   Masak apa ya hari ni? Jenuh juga mama fikir nak masak apa hari ni, semalam memang tak makan nasi satu hari, sebab makan laksa je.. Mama dengan anak-anak kalau dah dapat laksa, nasi memang tolak tepilah.. Satu hari tak makan nasi, hari buat kepingin betul nak makan nasi..hehehhe FIkir punya fikir, ok, mama nak masak Daging Masak Blackpepper…sebab mudah je masaknya…jimat masa..hihihi  Mama kongsikan resepi di bawah ye.. Bahan-Bahan : 500 gram daging lembu, potong besar2, rebus sampai empuk, bila dah siap, hiris nipis-nipis. 1 biji bawang besar* 4 ulas bawang putih* 1 inci halia* 1 sudu kecil lada hitam* 1 sudu besar tepung gandum (bancuh dgn sedikit air) 4 sudu besar kicap 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos lada hitam (optional – mama masukkan yg homemade punya, lebihan makan lamb grill ritu..hihi) Garam dan gula secukup rasa 1/4 cawan air (boleh lebihkan kalau nk kuah lebih)  – bahan bertanda * , kisarkan. UNTUK SAYUR

AGAR-AGAR ROTI & MILO RINGKAS DAN MUDAH

Assalamualaikum  Hari ni nak share resepi agar2 roti & milo (sy pakai vico), senang sangat buatnya.. Nak habiskan keliling roti balance buat ais krim goreng ritu…thasil la agar2 roti & milo.. Bahan-bahan agar2 roti & milo: 4 keping roti 1 bungkus agar2 tali 1 cwn susu pekat 1 tin susu cair 4 sudu besar gula 8 cawan air 2 biji telur 1 cawan milo (nk kurangkan pon boleh) 1 sudu besar mentega 1 sk esen (ni x letak sbb xde) Cara-cara : 1) Masak agar2 dgn gula 2) Sementara tu, campur roti (siat2 dalam blendar), susu pekat, susu cair & telur, blend sampai halus, ketepikan 3) Bila agar2 dah larut, masukkan bahan blendar tadi, masuk kan mentega, ce rasa manis ok ke x, klu x ok leh tambah susu pekat lagi 4) Bila dah mendidih, masukkan separuh dlm loyang, lagi separuh still panaskan dan campur dgn milo, larutkan 5) Dah sebati dan larut boleh masuk dlam loyang tadi, kacau perlahan2 utk dptkan bentuk marble. Selamat mencuba!

CUCUR KEMBUNG MANIS SEDAP

Assalamualaikum… Nila cucuq kembong manisku.. Makan ngn mernas jap td … Mmg rs lebih kurang macam yg instant tu..puas hati skali goreng dpt 2 pinggan..ni baru half bancuhan tau..suka betul anak2 makan… Cicah ngn Qaseh Junior..hehe ==================== Resepi: 3 cawan tepung gandum 3 cawan air panas menggelegak 1/2 cawan susu pekat Campur semua ni skali kacau ngn senduk..klu dah sejuk bolehla pakai tgn Bulat2 kan, terus masuk dlm minyak panas.. Tips: Nak bg bulat cantik, kena slalu celup tgn dlm air bersih supaya senang nk bentuk dan x melekat kat tgn, texture dia melekit.. Selamat mencuba!