Skip to main content

RESEPI AYAM GORENG KFC HOMEMADE MUDAH

Assalamualaikum sahabat..
Beberapa hari lepas saya ada post pic di FB pic Ayam Goreng ala KFC Homemade..
Ramai pulak yang inbox tanyakan resepinya..supaya tak hilang resepinya, saya kongsikan di sini ye…
Memang sedap rasa mcm KFC punya…anak2 mesti suka…lagi jimat buat sendiri kan..jom tengok resepi dan cara2 nya…:
Resepi Ayam Goreng Ala KFC
Perap untuk sejam:
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi) – ni sy pakai cili blend je
1 sudu serbuk kari ayam
secubit ajinamoto – sy xpakai ni, sy pakai sikit ‘cukup rasa’
secubit soda bikarbonat
garam 2 sudu teh
air sedikit nak bagi rempah senang serap – ni sy x masuk, sbb dah guna cili blend, dah berair
Bahan untuk tepung salut :
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing) – ni sy x masuk, takut pedas anak2 xleh mkn
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur
**extra, sy masukkan setengah cawan lagi tepung goreng kfc yg dlm kotak tu
Cara-cara:
1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan
perap tadi.
2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam
bekas yang ada penutup goncang-goncangbagi sebati, letak ayam yang dah dsalut
telur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut
rata . .tidak mengotorkan tangankan?
4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam
tenggelam dalam minyak yang panas. Dalam 15 minit masak dan hidangkan 
Silalah share yer jika ingin share 
Sumber : resepi sheila rusli
Inilah dia ayam yg siap digoreng, serius anak2 saya mmg suka…ptg pun mintak goreng lagi, esoknya pun mintak lagi..hehe…byk save dr g beli kat kfc kan…kebersihan pun terjamin…insyaAllah..


Popular posts from this blog

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')? Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh di bawah : 100g beras putih = 365 kalori 100g beras perang = 349 kalori 100g beras 'parboiled' = 362 kalori Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah. BERAS 'PARBOILED' Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat d...

BERAPA LITER SAYA KENA MINUM AIR KOSONG SEHARI?

Kadang-kadang kita confius kan berapa banyak air nak kena minum sehari ni. 3 liter kah? 2 liter kah? Atau berliter-liter kah? Ada yang kata kita kena minum 1 liter untuk setiap berat badan 25kg. Contoh, awak berat 60kg, jadi 60 bahagi 25, awak perlukan 2.4 liter air kosong sehari. Itu cuma anggaran kasar je tau. Jangan ikut sangat kiraan itu. Sebab cuba saya bagi contoh diri sendiri, berat 48kg, jadi bahagi 25, saya perlukan 1.9 liter sehari. Aduhh, kering badan wei. Setiap kali workout pun saya akan minum 1.5 liter air. Inikan pula 1.9 liter sehari. Hakikat sebenarnya, keperluan air adalah berbeza bagi setiap individu, mengikut usia, jantina, berat badan, aktiviti harian, gaya hidup. Ini termasuklah cuaca dan juga iklim pada masa itu. Jadi macam mana nak sukat berapa banyak patut kita minum? Mudah saja, anda kena rasa sendiri. Hanya anda yang kenal diri sendiri. Bukan coach, bukan jiran sebelah rumah. Setiap kali dahaga minumlah secukupnya. Cara lain? Ada, kita lihat sendiri perubahan...

RESEPI SUP KAKI AYAM ALA THAI

Hari tu kaknaz buat sup kaki ayam ala thai ni. Fuhh, 1 periuk habis suami dengan anak bongsu makan. Meratah lagi. Memang favourite diorang berdua tu. Kakak, abang dengan kaknaz tak berapa makan sangat. Masak ala thai lagi sedap dari buat sup biasa tu. Sebab dia ada rasa masam, pedas. Jadi tak muak makan. Okay, bawah ni resepi dia ye. Resepi Sup Kaki Ayam Ala Thai ========================= Kaki ayam secukupnya - cuci & rebus sampai lembut. 2 biji bawang kecil - hiris 2 inci halia - tumbuk 3 biji bawang putih - tumbuk 1 sudu rempah sup 1 batang kulit kayu manis 3 biji bunga lawang 6-7 biji cili padi - ketuk 3 batang serai - ketuk 1 biji tomato - belah 6 1 biji limau nipis - ambil jus 1 biji bawang holland - hiris 5 helai daun limau purut Kobis bunga Lobak merah 1 kiub pati ayam Cara-cara Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, halia, bawang putih. Dah wangi masuk rempah sup, goreng sekejap. Masuk dalam rebusan kaki ayam tadi. Campak je...