Skip to main content

RESEPI MURTABAK ROTI CHEESY

Assalamualaikum…
Hari ni mama over rajin…dah lama share resepi ni dekat FB ..hari ni baru sempat nak buat..atau erti kata lain mood rajin tu datang..hehehe..
Resepi ni ada yg saya ubah..ikut citarasa kan..ok jom kita tgk bahan2 dan cara2 nak buatnya..
Bahan-bahannya
✦ 10 keping roti Gardinier
✦ 1 biji bawang besar dipotong dadu
✦ 3 ulas bawang putih potong halus
✦ 1 paket daging hancur(Ramly burger)
✦ 1/3 biji lada benggala merah, potong dadu
✦ 1/3 biji lada benggala kuning, potong dadu
✦ 3 1/2 sudu besar rempah kurma
✦ 1 biji ubi kentang dipotong dadu
✦ 5 biji telur
✦ 1 gelas susu segar
✦ 3 sudu besar sos tomato spageti
✦ 1/2 paket cheese mozarella
sedikit minyak untuk menumis
✦ Garam secukup rasa
✦ Oregano
Cara memasak inti
1- Panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pula rempah kurma yang dibancuh bersama sedikit air.Goreng hingga garing. Seterusnya masukkan sos tomato spageti.
2- Masukkan daging hancur kedalam kuali dan kacau hingga air agak kering.Masukkan pula bawang besar, lada benggala dan kentang.Kacau biar sebati.
3. Tambah sedikit air jika kentang belum empuk. Kacau dan biar sampai kentang empuk dan daging agak kering.Angkat dan sejukkan.
Cara menyediakan murtabak daging
1- Pukul telur, susu dan 1 sudu kecil garam hingga sebati
2- Celupkan 4 keping roti kedalam campuran susu dam atur dlm loyang (better kalau dpt 4 segi, mama pakai bulat je, ni je yg hado) yang telah di sapu dengan butter.Tuang bahan inti diatas roti dan ratakan. 
3- Ulang langkah no 2 dengan roti menjadi lapisan terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur diatas roti.Taburkan cheese sebanyak yang disukai diatas lapisan roti yang terakhir.
4- Bakar lah dengan suhu kepanasan 220o c selama 40 minit dan lapisan cheese garing kekuningan. Mama bakar dalam magic pan je..masa bakar sama jugak, 40 mnt.
Jom layan lagi beberapa keping murtabak mama ni…sedap makan dengan sos…;););)
Ok itu dulu perkongsian kali ni…Harap dapat mencuba ye..mama masak ni utk minum petang, memang sedap!








Popular posts from this blog

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')? Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh di bawah : 100g beras putih = 365 kalori 100g beras perang = 349 kalori 100g beras 'parboiled' = 362 kalori Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah. BERAS 'PARBOILED' Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat d...

BEZA ANTARA NATURAL & ORGANIK

Yes! Dua ni ada beza tau. Dulu kaknaz pun tak faham sangat beza dua ni. Bila dah google, dah baca sendiri, baru lah faham sikit-sikit. Biasa dengar orang cakap produk organik kan? Tapi apa sebenarnya istilah ORGANIK tu? Organik ni asalnya dari bahan yang 'totally' BEBAS dari bahan kimia 100% termasuklah dari racun perosak dan sebagainya. Bermula dari penanaman, penjagaan, penuaian dan proses pengilangan semuanya menggunakan daripada bahan organik contohnya seperti benih dan baja organik. Kebiasaannya, produk organik ni adalah lebih mahal berbanding yang lain kerana proses penyediaannya agak rumit dan kos penjagaannya juga tinggi. Tengok jelah sayur-sayuran organik dekat pasaraya, harganya lebih mahal kan kalau korang perasan? Tempat letak pun ada ruangannya tersendiri. Tak bercampur dengan sayur-sayur lain dan dipek dengan sempurna. Ini untuk memberi jaminan kesegarannya. Macam mana nak tahu produk itu organik? Biasanya produk yang 'claim' ian...

RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS DENGAN BLACKPEPPER SOS & MASH POTATO

Dia mai pulak dah. Why so serious petang-petang ni? Meh kaknaz banjer ayam golek sekor ni. Boleh buat makan dinner pulak. Kikiki. . Ni la ayam panggang semalam yang kaknaz buat. Makan dengan kuah blackpepper, mash potato, salad, dengan fries. Alhamdulillah, menjadik. Resepi ihsan dari Tuan Suami. Kihkihkih. Suami kaknaz ni memang pakar bako-membako nih. . Nak resepi? Meh kaknaz share resepi untuk ayam, kuah dengan mash potato sekali. Hah! Complete!  😍 . . RESEPI AYAM PANGGANG ===================== . Bahan-bahan: Sekor ayam togel. Nak belah dua pun boleh aih. 4 biji bawang besar saiz sederhana. 5-6 biji bawang putih. 2 inci halia 2 sudu besar lada hitam, nak kurang, nak lebih, suka suka hatilah 😂 2 sudu besar mix herbs 3 sudu besar madu 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos lada hitam 1 ketul pati ayam 1 sudu besar gula 1 1/2 sudu teh garam Air sikit untuk kisar Mentega sikit untuk bakar Optional- boleh renjis Smoked Flavour Liquid Chef Ammar ...