Skip to main content

RESEPI DAGING MASAK BLACKPEPPER MUDAH DAN SIMPLE

Assalamualaikum  
Masak apa ya hari ni? Jenuh juga mama fikir nak masak apa hari ni, semalam memang tak makan nasi satu hari, sebab makan laksa je.. Mama dengan anak-anak kalau dah dapat laksa, nasi memang tolak tepilah..
Satu hari tak makan nasi, hari buat kepingin betul nak makan nasi..hehehhe
FIkir punya fikir, ok, mama nak masak Daging Masak Blackpepper…sebab mudah je masaknya…jimat masa..hihihi 
Mama kongsikan resepi di bawah ye..
Bahan-Bahan :
500 gram daging lembu, potong besar2, rebus sampai empuk, bila dah siap, hiris nipis-nipis.
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 sudu kecil lada hitam*
1 sudu besar tepung gandum (bancuh dgn sedikit air)
4 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam (optional – mama masukkan yg homemade punya, lebihan makan lamb grill ritu..hihi)
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan air (boleh lebihkan kalau nk kuah lebih)
 – bahan bertanda * , kisarkan.

UNTUK SAYURAN CAMPURAN DALAM MASAKAN:
1/3 biji lada benggala (merah/hijau/kuning- nk mix pun boleh)
1/2 biji lobak merah (saiz kecil), potong panjang-panjang
Sedikit sayur kacang peas
1 biji bawang besar, potong bulat-bulat

CARA MEMBUATNYA:
  1. Tumis bahan kisar yang bertanda * hingga harum, masukkan sos tiram, kicap dan sos lada hitam, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan dagingbiar seketika.
  3. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran dan bancuhan tepung gandum, gaul rata dan tambah air jika perlu. Masak dengan api sederhana hingga pekat. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa, kacau rata. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas bersama nasi putih..
Selamat Mencuba 

Popular posts from this blog

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')? Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh di bawah : 100g beras putih = 365 kalori 100g beras perang = 349 kalori 100g beras 'parboiled' = 362 kalori Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah. BERAS 'PARBOILED' Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat d...

BERAPA LITER SAYA KENA MINUM AIR KOSONG SEHARI?

Kadang-kadang kita confius kan berapa banyak air nak kena minum sehari ni. 3 liter kah? 2 liter kah? Atau berliter-liter kah? Ada yang kata kita kena minum 1 liter untuk setiap berat badan 25kg. Contoh, awak berat 60kg, jadi 60 bahagi 25, awak perlukan 2.4 liter air kosong sehari. Itu cuma anggaran kasar je tau. Jangan ikut sangat kiraan itu. Sebab cuba saya bagi contoh diri sendiri, berat 48kg, jadi bahagi 25, saya perlukan 1.9 liter sehari. Aduhh, kering badan wei. Setiap kali workout pun saya akan minum 1.5 liter air. Inikan pula 1.9 liter sehari. Hakikat sebenarnya, keperluan air adalah berbeza bagi setiap individu, mengikut usia, jantina, berat badan, aktiviti harian, gaya hidup. Ini termasuklah cuaca dan juga iklim pada masa itu. Jadi macam mana nak sukat berapa banyak patut kita minum? Mudah saja, anda kena rasa sendiri. Hanya anda yang kenal diri sendiri. Bukan coach, bukan jiran sebelah rumah. Setiap kali dahaga minumlah secukupnya. Cara lain? Ada, kita lihat sendiri perubahan...

RESEPI SUP KAKI AYAM ALA THAI

Hari tu kaknaz buat sup kaki ayam ala thai ni. Fuhh, 1 periuk habis suami dengan anak bongsu makan. Meratah lagi. Memang favourite diorang berdua tu. Kakak, abang dengan kaknaz tak berapa makan sangat. Masak ala thai lagi sedap dari buat sup biasa tu. Sebab dia ada rasa masam, pedas. Jadi tak muak makan. Okay, bawah ni resepi dia ye. Resepi Sup Kaki Ayam Ala Thai ========================= Kaki ayam secukupnya - cuci & rebus sampai lembut. 2 biji bawang kecil - hiris 2 inci halia - tumbuk 3 biji bawang putih - tumbuk 1 sudu rempah sup 1 batang kulit kayu manis 3 biji bunga lawang 6-7 biji cili padi - ketuk 3 batang serai - ketuk 1 biji tomato - belah 6 1 biji limau nipis - ambil jus 1 biji bawang holland - hiris 5 helai daun limau purut Kobis bunga Lobak merah 1 kiub pati ayam Cara-cara Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, halia, bawang putih. Dah wangi masuk rempah sup, goreng sekejap. Masuk dalam rebusan kaki ayam tadi. Campak je...