Skip to main content

RESEPI EGG IN THE BUCKET MUDAH

Assalamualaikum sahabat…
Lama dah nak buat resepi…tapi asyik lupa je kan…ni teringat pun sebab terbeli roti sampai 2 buku..yg jumbo pulak tu..google2 la resepi roti ni..hehehe..pastu jumpa yg ni..
Senang je pun buatnya…brp minit je pun dah siap…Jom kita tengok cara nak buatnya.
Bahan-bahannya:
Roti putih Gardenia
Butter
Telur
Lada sulah
Oregano
Garam
Cara-caranya:
1) Tebuk 4 segi kat tengah2 roti, guna pisau, ada org tekap ngn gelas utk tebuk, boleh jugak..tp mama versi lain..hihi…lps potong tu, penyet2 sikit kat tepi2 lubang tu, nanti pecahkan telur dia xde la ngalir keluar..
2) Sapukan butter ke keuda-dua belah permukaan roti.
3) Cairkan butter di frying pan.
4) Letakkan roti di frying pan. Api kecil ye, alih2..
5) Kemudian, bahagian permukaan roti yg penyet td tu, letakkan butter di bahagian tengah roti yg dah berlubang tu, Kemudia masukkan telur. Tabur lada sulah, dan oregano dan sedikit garam.
6) Biarkan seketika sampai telur agak2 masak…then siap!! Kalau nak bakar dalam oven pun boleh.
Kita makan dengan baked beans…memang sedap sangat tau.

Popular posts from this blog

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')? Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh di bawah : 100g beras putih = 365 kalori 100g beras perang = 349 kalori 100g beras 'parboiled' = 362 kalori Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah. BERAS 'PARBOILED' Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat d...

BEZA ANTARA NATURAL & ORGANIK

Yes! Dua ni ada beza tau. Dulu kaknaz pun tak faham sangat beza dua ni. Bila dah google, dah baca sendiri, baru lah faham sikit-sikit. Biasa dengar orang cakap produk organik kan? Tapi apa sebenarnya istilah ORGANIK tu? Organik ni asalnya dari bahan yang 'totally' BEBAS dari bahan kimia 100% termasuklah dari racun perosak dan sebagainya. Bermula dari penanaman, penjagaan, penuaian dan proses pengilangan semuanya menggunakan daripada bahan organik contohnya seperti benih dan baja organik. Kebiasaannya, produk organik ni adalah lebih mahal berbanding yang lain kerana proses penyediaannya agak rumit dan kos penjagaannya juga tinggi. Tengok jelah sayur-sayuran organik dekat pasaraya, harganya lebih mahal kan kalau korang perasan? Tempat letak pun ada ruangannya tersendiri. Tak bercampur dengan sayur-sayur lain dan dipek dengan sempurna. Ini untuk memberi jaminan kesegarannya. Macam mana nak tahu produk itu organik? Biasanya produk yang 'claim' ian...

RESEPI PIZZA HOMEMADE PALING MUDAH

Dinner hari tu buat pizza je. Anak bongsu demam je. Nak makan nasik tak lalu. Mintak mama buat pizza. Alhamdulillah lalu la jugak. Habis sepotong sampai terbelahak dia makan kenyang. Happy mama. Hihi. Ok ni resepi sape nak cuba buat nanti ye. Roti dia lembut je. Bahan A: 2 sudu besar yis mauripan 4 sudu besar gula 1 cawan air suam (mix kan semua ni, biar yis jadi kembang) Bahan B: 4 cawan tepung gandum 4 sudu besar mentega/marjerin (gaul sampai jadi macam serbuk roti) Lepas tu boleh masukkan sikit2 Bahan A dalam bekas Bahan B uli sampai jadi doh. Biar kejap dalam 30 minit sampai doh jadi 2 x ganda. Tumbuk-tumbuk bagi keluar angin. Lepas tu boleh leperkan atas tudung periuk. Cucuk2 dengan garfu sikit doh tu. Topping ni ikut suka jela. Saya sapu sos tomato + carbonara untuk basic dia. (kalau letak sos spageti tu sedap lagi) Lepas tu letak sosej, crab stick. Nak letak capsicum, bawang terpulang. Umah saya takde stok. Picit sos sikit, mayoni...