Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

RESEPI SIZZLING YEE MEE PALING MUDAH.

Hujan petang-petang ni. Mesti ramai yang suka makan panas-panas nak bagi badan panas musim sejuk-sejuk ni kan. Ok, petang ni sambil tengok  # Sinar   tadi, kaknaz nak taip RESEPI SIZZLING YEE MEE paling mudah. Balik keje nanti boleh buat. Zassss, kejap je siap! Hehehe . . Bahan-bahan: Yee mee Ayam - potong kecil Sawi Cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong. (stok kaknaz takde, pakai cendawan inoki pun bolehla 😂 ) 5 ulas bawang putih - tumbuk 1 inci halia - hiris 5 biji cili kering - potong pendek-pendek 4 sudu makan sos tiram 3 sudu makan kicap cair 3 sudu makan kicap pekat (ni kaknaz tak pakai) 1 sudu besar lada hitam - tumbuk 1 sudu besar minyak bijan 2 sudu makan tepung jagung + secawan air, kalau cair boleh tambah lagi Minyak untuk menumis Air . Cara-cara: 1) Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk. . 2) Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat, serbuk lada hi

FAKTA ARGAN

Argania merupakan genus tumbuhan yang mengandungi spesies tunggal Argania spinosa, yang dikenali sebagai argan. Tumbuhan endemik yang tumbuh pada permukaan sebahagian tanah mendapan yang mengandungi 'calcium carbonate' di lembah Sous yang terletak di barat daya Maghribi. . Pada masa ini, ia boleh didapati hanya di kawasan seluas kira-kira 8 000 km2 (3 100 batu persegi) di barat daya Maghribi (wilayah Souss-Massa-Drâa). Argan tumbuh 8-10 m (26-33 kaki) tinggi dan  hidup sehingga 200 tahun. . Pohonnya berduri, dengan batang bercabang serta kasar. Cambah-cambah dahannya mempunyai lilitan kira-kira 70 m (230 kaki) dan bercambah ke bawah menghampiri permukaan tanah. . Daunnya kecil 2-4 cm (0.79-1.57) panjang dan bujur dengan hujungnya bulat. Mempunyai bunga yang kecil dengan lima kelopak kuning-hijau pucat. Musim bunga adalah pada bulan April. Buah-buahnya bersaiz sekitar 2-4 cm (0.79-1.57) panjang dan 1.5-3 cm (0.59-1.18 inci) lebar dan tebal. . Kulit buahnya wangi tetapi meng

RENEW SSM SECARA ONLINE JE

Korang tau tak sekarang nak renew SSM dah senang. Tak perlu pegi kaunter SSM / bank atau kiosk dah. Semuanya kat hujung jari je. Dulu kes company kaknaz terkubur sebab ni la. Malas betul nak keluar pegi renew. Last-last kena buat company baru . Yela, bulan pertama lewat kena bayar RM30. Bulan berikutnya RM10. Kopakk. Baik buat company baru. kikiki . Ok meh kaknaz ajar STEP BY STEP macam mana nak buat. 1) Pegi dekat link ni --->  https://ezbiz.ssm.com.my , sila SIGN UP. . 2) Nanti korang akan dapat emel dari EzBiz. (Rujuk gambar 2). Dah dapat emel tu, kena print out. Dalam masa 14 hari, korang kena aktifkan dekat mana-mana kaunter SSM untuk seumur hidup. Jangan lupa bawak IC sekali. . 3) Dah aktifkan, balik tu boleh log in semula. Klik tab 'My Bussiness Services' > 'Renewal By Owners'. (Rujuk gambar 3) . 4) Tadaaaaa. Nama company korang dah masuk kat sistem. (Rujuk gambar 4) . 5) Klik 'Action'. Keluar semua info, nak renew berapa tahun, kena

TIPS MEMILIH MINYAK ARGAN TERBAIK

Ha, ni kaknaz nak kabo. Korang kalau nak beli minyak argan terutamanya yang virgin dan 100% pure organik, kena pandai pilih tau. Biasanya, yang jenis PURE ni dia sangat sensitif. Sebab dia takde langsung pengawet, atau bahan-bahan lain yang boleh bagi dia kebal. . Jadi tips dia, pilih minyak argan dari BOTOL KACA yang berwarna GELAP. Kaca dia tak mudah bertukar suhu macam plastik. Warna gelap pulak dapat melindungi dari cahaya langsung yang boleh jejaskan kualiti minyak tu. Alhamdulillah, ciri-ciri ni ada pada botol minyak argan  # ByHanneas . . Untuk pembelian / berminat menjadi agen @ dropship, boleh hubungi terus di  www.wasap.my/601119449075  atau KLIK je link wasap ni.

RESEPI ROTI JALA BULAN MENGAMBANG

Tu dia, dia mai menjala pulak dah memalam ni. Haha. Kaknaz nak habiskan kari daging semalam sebenarnya. Tu yang buat roti jala ni ha. Sonang ja buat ja. Kenyit mata sebelah dah siap! (Tipulah kan :p) . Nah resepi sape nak. . 3 cawan tepung gandum 1 1/2 susu cair 1 1/2 air 1 biji telur 1 sk garam Pewarna - kaknaz pakai kunyit je..kiki . Cara: Semua yang cair, blend dulu dalam blender. Pastu masuk tepung sikit-sikit dengan garam. Siap. Masuk dalam bekas nak jala. Ampa jangan pi guna jala ikan pulak :P . Pastu pandai-pandai la menjala. Kaknaz buat pusing-pusing ja. Sedap ooo makan ngan kari daging pekat-pekat. . . Jemput SHARE kalau rasa bermanfaat. Sudi-sudilah FOLLOW FB kaknaz, Sharinaz Redwan ye. Nanti kaknaz share resepi lain pulak.� . Boleh visit blog kaknaz juga --> https://diarikaknaz.blogspot.my/

RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS DENGAN BLACKPEPPER SOS & MASH POTATO

Dia mai pulak dah. Why so serious petang-petang ni? Meh kaknaz banjer ayam golek sekor ni. Boleh buat makan dinner pulak. Kikiki. . Ni la ayam panggang semalam yang kaknaz buat. Makan dengan kuah blackpepper, mash potato, salad, dengan fries. Alhamdulillah, menjadik. Resepi ihsan dari Tuan Suami. Kihkihkih. Suami kaknaz ni memang pakar bako-membako nih. . Nak resepi? Meh kaknaz share resepi untuk ayam, kuah dengan mash potato sekali. Hah! Complete!  😍 . . RESEPI AYAM PANGGANG ===================== . Bahan-bahan: Sekor ayam togel. Nak belah dua pun boleh aih. 4 biji bawang besar saiz sederhana. 5-6 biji bawang putih. 2 inci halia 2 sudu besar lada hitam, nak kurang, nak lebih, suka suka hatilah 😂 2 sudu besar mix herbs 3 sudu besar madu 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos lada hitam 1 ketul pati ayam 1 sudu besar gula 1 1/2 sudu teh garam Air sikit untuk kisar Mentega sikit untuk bakar Optional- boleh renjis Smoked Flavour Liquid Chef Ammar sebe