Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2018

CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. "Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan p

ALLAH PASTI CUKUPKAN

Allah akan cukupkan. Kita ni kadang-kadang lupa nak bersyukur. Pantang nampak orang lebih sikit. Tengok orang ada rumah besar, hati dah tercuit, "kalaulah aku dapat rumah macam tu, alangkah bahagianya hidup". Tengok orang ada kereta besar, mahal, hati tercuit, "kalau dapat kereta macam tu kan best, kereta sekarang ni dah la kecik, buruk pulak tu". Tengok keluarga bahagia, dapat hadiah mahal-mahal, bercuti ke luar negara, hati tercuit, "kenapalah mereka boleh bahagia, tapi hidup aku selalu berteman air mata, duka dan lara?" Hati-hati bila mana bisikan itu hadir di hati kita. Usah dilayan, kerana itu mungkin bisikan-bisikan syaitan yang ingin kita lupa akan nikmat yang Allah beri selama ini. Didik hati kita untuk selalu lihat dengan mata hati akan nikmat yang kita ada. Pandanglah mereka yang kurang dari kita. Andai kita ada rumah walaupun kecil, lihat pula mereka yang tidak ada rumah, tinggal di bawah-bawah jambatan, gelandangan. Andai kita ada ke

RESEPI SUSHI/KIMBAP SIMPLE DAN MUDAH

Anak bising suruh mama dia buat sushi. "mama, bila nak buat sushi?" ulang pi mai pi mai soalan ni. Hari ni baru ada mood nak buatnya. Okay, kita redah jelah buat. Okay bawah ni resepi siapa nak cuba buat pulak. Beras sushi (dia bulat-bulat bujur) - masak macam beras kita je. Dah siap masak letak tepi. Ada yang gaul dengan cuka/minyak bijan, garam sikit. Tapi kaknaz malas. Hahaha. Roasted seaweed secukupnya Sosej - rebus kejap Ketam - rebus kejap Lobak merah Timun jepun - bahagian tengah dia kaknaz buang, sebab nak ambil yang crunchy je Telur dadar - 2 biji Tuna - optional Cara-cara senang je, nasi tu tunggu sejuk kejap. Kaknaz tak guna bamboo mat pun, pakai plastik je. Lapik plastik bawah sekali, letak Roasted Seaweed tadi. Letak nasi, susun la bahan-bahan yang korang nak letak atas tu. Pandai-pandaila korang susun. Lepas tu gulung lah penuh gemalai. Tekan-tekan sikit bagi nasi betul-betul mampat dan padat. Dah

RESEPI UDANG MASAK DIRAJA

First time buat Udang Masak Diraja ni. Anak-anak suka sangat. Berpingganla nasi tambah. Resepi kaknaz share kat bawah. RESEPI UDANG MASAK DIRAJA ========================== 1/2 kilo udang Bahan kisar 2 inci halia 3 biji bawang putih 4 biji bawang besar 3 biji cili padi (suka pedas boleh tambah) 2 sudu besar cabai kisar 3 batang serai - ketuk 2 keping asam keping 1 cawan santan 2 helai daun kunyit - hiris (kaknaz letak daun limau) Garam & gula Cara-cara Tumis bahan kisar sampai pecah minyak. Masuk serai, asam keping, santan sampai pekat. Masuk udang, daun kunyit. Perasakan dengan garam, gula. Siap! Sedap sangat makan dengan nasi panas-panas tau. Silakan #SHARE untuk kawan-kawan yang lain.  Selamat mencuba.

RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Daging Masak Merah dinner hari ni. Senang semua campak dalam tu. Hihihi. Resepi mak malas jerrr. 1/2 kg daging-rebus dan hiris. Kalau ada pewarna boleh letak. Kaknaz tak letak. Bahan hiris 1 inci halia 3 ulas bawang putih 1 labu bawang holland 1 biji cili merah 1 biji cili hijau Cili padi (kaknaz tak hiris, takut pedas anak tak makan, masuk seketui2 je.. Hihi) Tomato Kobis bunga Bahan kuah 2 sudu besar cili kisar Sos cili Sos tomato Sos tiram Sos sotong Air rebusan daging Garam Add on daun limau purut. Cara-cara: Tumis bawang putih, halia. Dah naik bau masuk cili kisar. Masak sampai pecah minyak. Masuk semua bahan kuah. Ni adjustbikut tekak masing-masing ye. Dah sebati, masukkan kuah rebusan daging, masuk daging, bawang holland & kobis bunga sekali. Biar kejap, bagi kuah serap masuk dalam daging. Last sekali masuk hirisan yang lain2, perasakan dengan garam. Selamat mencuba.

RESEPI NASI AYAM BAKAR

Makan petang. Nasik ayam bakar. Kaknaz update Resepi Nasi Ayam Bakar ni ye, ada yang tanya tadi. Resepi huru-hara kaknaz je. Entahla. Tapi asben, anak-anak memang suka. Ayam Bakar: ========== Rebus 1 ekor ayam sampai masak beserta 1 sudu besar rempah sup, halia dalam 2 inci, garam. Dah siap, toskan ayam. Kuah simpan nanti nak masuk dalam nasi & sup. Ayam tadi letak sos blackpepper + sos tiram + kicap. Gaul-gaul, lepas tu bakar sekejap. Saya bakar dalam 20 minit, api atas bawah, suhu. 200. Siap. Nasi Ayam ========= 3 pot nasi-cuci 3x 3 helai daun pandan 2 inci halia - hiris 4 biji bawang putih - hiris 1 biji bawang besar - hiris 1biji tomato - dadukan 1 batang kayu manis 3 biji bunga lawang 3 biji pelaga Rebusan ayam tadi Mentega untuk menumis Garam Tumis bahan hirisan, kayu manis, bunga lawang, pelaga. Dah harum masuk tomato. Masuk beras, air rebusan ayam tadi. Ikut sukatan masing-masing ye. Macam kaknaz 3 cawan air, 3 cawan beras. M

RESEPI SUP KAKI AYAM ALA THAI

Hari tu kaknaz buat sup kaki ayam ala thai ni. Fuhh, 1 periuk habis suami dengan anak bongsu makan. Meratah lagi. Memang favourite diorang berdua tu. Kakak, abang dengan kaknaz tak berapa makan sangat. Masak ala thai lagi sedap dari buat sup biasa tu. Sebab dia ada rasa masam, pedas. Jadi tak muak makan. Okay, bawah ni resepi dia ye. Resepi Sup Kaki Ayam Ala Thai ========================= Kaki ayam secukupnya - cuci & rebus sampai lembut. 2 biji bawang kecil - hiris 2 inci halia - tumbuk 3 biji bawang putih - tumbuk 1 sudu rempah sup 1 batang kulit kayu manis 3 biji bunga lawang 6-7 biji cili padi - ketuk 3 batang serai - ketuk 1 biji tomato - belah 6 1 biji limau nipis - ambil jus 1 biji bawang holland - hiris 5 helai daun limau purut Kobis bunga Lobak merah 1 kiub pati ayam Cara-cara Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, halia, bawang putih. Dah wangi masuk rempah sup, goreng sekejap. Masuk dalam rebusan kaki ayam tadi. Campak je