Skip to main content

ALLAH PASTI CUKUPKAN

Allah akan cukupkan.

Kita ni kadang-kadang lupa nak bersyukur. Pantang nampak orang lebih sikit.

Tengok orang ada rumah besar, hati dah tercuit,
"kalaulah aku dapat rumah macam tu, alangkah bahagianya hidup".

Tengok orang ada kereta besar, mahal, hati tercuit, "kalau dapat kereta macam tu kan best, kereta sekarang ni dah la kecik, buruk pulak tu".

Tengok keluarga bahagia, dapat hadiah mahal-mahal, bercuti ke luar negara, hati tercuit, "kenapalah mereka boleh bahagia, tapi hidup aku selalu berteman air mata, duka dan lara?"

Hati-hati bila mana bisikan itu hadir di hati kita.

Usah dilayan, kerana itu mungkin bisikan-bisikan syaitan yang ingin kita lupa akan nikmat yang Allah beri selama ini.

Didik hati kita untuk selalu lihat dengan mata hati akan nikmat yang kita ada.

Pandanglah mereka yang kurang dari kita.

Andai kita ada rumah walaupun kecil, lihat pula mereka yang tidak ada rumah, tinggal di bawah-bawah jambatan, gelandangan.

Andai kita ada kereta, lihatlah mereka yang hanya mempunyai motor. Berhujan basah di atas jalan, dengan membawa bayi-bayi kecil di pangkuan ibu.

Andai kita ada keluarga, anak-anak, lihat lah pula mereka yang struggle untuk dapatkan anak, struggle untuk kekalkan rumahtangga yang menunggu badai melanda.

Allahuakbar.

Kita tak tahu, di sebalik kebahagiaan mereka, terdapat kesengsaraan yang sedang mereka rasai.

Dan di sebalik kesengsaraan kita, terdapat bahagia yang Allah berikan.

Allah itu MAHA ADIL.

Bersyukurlah dengan apa saja yang kita ada.
Dia pasti akan cukupkan segalanya.

YAKINLAH DENGAN REZEKI DAN NIKMAT ALLAH.

Love,
Kaknaz


Popular posts from this blog

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')? Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh di bawah : 100g beras putih = 365 kalori 100g beras perang = 349 kalori 100g beras 'parboiled' = 362 kalori Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah. BERAS 'PARBOILED' Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat d...

BERAPA LITER SAYA KENA MINUM AIR KOSONG SEHARI?

Kadang-kadang kita confius kan berapa banyak air nak kena minum sehari ni. 3 liter kah? 2 liter kah? Atau berliter-liter kah? Ada yang kata kita kena minum 1 liter untuk setiap berat badan 25kg. Contoh, awak berat 60kg, jadi 60 bahagi 25, awak perlukan 2.4 liter air kosong sehari. Itu cuma anggaran kasar je tau. Jangan ikut sangat kiraan itu. Sebab cuba saya bagi contoh diri sendiri, berat 48kg, jadi bahagi 25, saya perlukan 1.9 liter sehari. Aduhh, kering badan wei. Setiap kali workout pun saya akan minum 1.5 liter air. Inikan pula 1.9 liter sehari. Hakikat sebenarnya, keperluan air adalah berbeza bagi setiap individu, mengikut usia, jantina, berat badan, aktiviti harian, gaya hidup. Ini termasuklah cuaca dan juga iklim pada masa itu. Jadi macam mana nak sukat berapa banyak patut kita minum? Mudah saja, anda kena rasa sendiri. Hanya anda yang kenal diri sendiri. Bukan coach, bukan jiran sebelah rumah. Setiap kali dahaga minumlah secukupnya. Cara lain? Ada, kita lihat sendiri perubahan...

RESEPI SUP KAKI AYAM ALA THAI

Hari tu kaknaz buat sup kaki ayam ala thai ni. Fuhh, 1 periuk habis suami dengan anak bongsu makan. Meratah lagi. Memang favourite diorang berdua tu. Kakak, abang dengan kaknaz tak berapa makan sangat. Masak ala thai lagi sedap dari buat sup biasa tu. Sebab dia ada rasa masam, pedas. Jadi tak muak makan. Okay, bawah ni resepi dia ye. Resepi Sup Kaki Ayam Ala Thai ========================= Kaki ayam secukupnya - cuci & rebus sampai lembut. 2 biji bawang kecil - hiris 2 inci halia - tumbuk 3 biji bawang putih - tumbuk 1 sudu rempah sup 1 batang kulit kayu manis 3 biji bunga lawang 6-7 biji cili padi - ketuk 3 batang serai - ketuk 1 biji tomato - belah 6 1 biji limau nipis - ambil jus 1 biji bawang holland - hiris 5 helai daun limau purut Kobis bunga Lobak merah 1 kiub pati ayam Cara-cara Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, halia, bawang putih. Dah wangi masuk rempah sup, goreng sekejap. Masuk dalam rebusan kaki ayam tadi. Campak je...