Skip to main content

Resepi Ayam Grill Ala "KENNY ROGERS"









Petang tadi takde idea nak masak apa. Mood pun malas je nak masak lauk banyak-banyak. Google resepi ayam bakar. Banyak resepi la tengok. Senang ada susah pun ada.

Last-last masuk dapur, Saya campak-campak jela apa yang ada kat dapur tu. Tetiba jadi sedap pulak. Tuan Suami pun cakap sedap. Tu berani nak rekomen resepi campak-campak ni. Hihi. Tengok kat bawah ye:

Bahan-bahan:

1 ekor ayam, belah 4
8 ulas bawang putih - kisar
2 biji bawang besar - kisar
2 sb kicap manis
2 sb sos tiram
2 sb sos lada hitam
2 sb mix herbs
1 sb lada hitam
1 sk pasti sedap (optional)
1 sk garam
4 biji kentang
1 btg carrot
Sedikit 'Smoked Flavour Liquid' Chef Ammar - ni rahsia grilled chicken bau sangat sedap! Tapi kalau takde pun takpe. Sebab dia untuk aroma je. Bau asap-asap gitu..

Cara-cara:

1. Bersihkan ayam

2. Kisar bawang putih+bawang besar

3. Gaul ayam dengan bahan kisar dan semua bahan atas tu. Perap 1-2 jam. Kalau dapat semalaman lagi sedap.

4. Sementara tu, kupas kentang, carrot. Rebus dulu sampai masak. Tp jangan overcooked. Nanti kentang senang pecah. Dah masak tapis.

5. Susun ayam, kentang dan carrot atas tray. Sapu mentega kat atas. Eh, kentang dengan carrot gaul dulu dengan rempah perap ayam tadi tau. Baru ada rasa.

6. Renjis sedikit Smokes Flavour Liquid Chef Ammar. Serius memang sedap pakai ni kalau buat bakar-bakar. Tapi kalau takde pun takpe.

7. Tabur mix herbs dengan lada hitam sikit.

8. Bakar suhu 250 darjah celcius api atas bawah. Ikut oven masing- masing ye. Lepas 45 minit, keluarkan, sapu mentega lagi sekali. Ni untuk buatkan bahagian atas ayam jadi crispy dan tak kering. Masuk semula.

Bakar lagi sejam. Kena monitor ayam tau. Takut rentung lak. Saya lagi 30minit nak masak guna api bawah je. Pandai-pandai korang la ye.

Dah siap, boleh makan dengan kuah blackpepper..merecikkkkk

Boleh share resepi ni dengan kawan-kawan ye. Saya halalkan. 



Popular posts from this blog

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')? Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh di bawah : 100g beras putih = 365 kalori 100g beras perang = 349 kalori 100g beras 'parboiled' = 362 kalori Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah. BERAS 'PARBOILED' Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat d

RESEPI PIZZA HOMEMADE PALING MUDAH

Dinner hari tu buat pizza je. Anak bongsu demam je. Nak makan nasik tak lalu. Mintak mama buat pizza. Alhamdulillah lalu la jugak. Habis sepotong sampai terbelahak dia makan kenyang. Happy mama. Hihi. Ok ni resepi sape nak cuba buat nanti ye. Roti dia lembut je. Bahan A: 2 sudu besar yis mauripan 4 sudu besar gula 1 cawan air suam (mix kan semua ni, biar yis jadi kembang) Bahan B: 4 cawan tepung gandum 4 sudu besar mentega/marjerin (gaul sampai jadi macam serbuk roti) Lepas tu boleh masukkan sikit2 Bahan A dalam bekas Bahan B uli sampai jadi doh. Biar kejap dalam 30 minit sampai doh jadi 2 x ganda. Tumbuk-tumbuk bagi keluar angin. Lepas tu boleh leperkan atas tudung periuk. Cucuk2 dengan garfu sikit doh tu. Topping ni ikut suka jela. Saya sapu sos tomato + carbonara untuk basic dia. (kalau letak sos spageti tu sedap lagi) Lepas tu letak sosej, crab stick. Nak letak capsicum, bawang terpulang. Umah saya takde stok. Picit sos sikit, mayoni

DONUT GEBU (GUNA TEPUNG ROTI)

 Hari ni rajin sikit. Donut fluffy Adik mintak donut berapa hari dah. Siyes resepi ni donut lembut betul. RESEPI DONUT GEBU GEBAS 250 g tepung roti 30 g gula kastor 25 g shortening 10 g marjerin 1 bj kuning telur 5 g yis bancuh dulu dengan sedikit air suam. Kacau 50 ml susu segar (kaknaz guna bancuhan susu tepung) Secubit garam 3g bread improver Air - ikut kesesuaian doh **kaknaz gandakan sukatan atas untuk 500g tepung roti. Jadi semua kali dua. Cara bancuh : 1) Masukkan bahan kering, tepung roti ,gula,garam. Gaul rata. Kemudian masukkan marjerin, shortening, bread improver, gaul. 2) Masukkan kuning telur, susu segar dan bancuhan yis. 3) Gaul dan tambah air untuk lembutkan doh. 4) Adun sampai doh tak melekat dan elastik 5) Rehatkan doh dalam 20 minit. Lepas tu boleh canai dan tekap bagi bulat. Biar kejap bagi dia kembang. Baru goreng. Minyak pastikan betul-betul panas, dan api perlahan. Bila dah sejuk boleh salut gula. Kredit r