Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

Resepi Ayam Grill Ala "KENNY ROGERS"

Petang tadi takde idea nak masak apa. Mood pun malas je nak masak lauk banyak-banyak. Google resepi ayam bakar. Banyak resepi la tengok. Sen ang ada susah pun ada. Last-last masuk dapur, Saya campak-campak jela apa yang ada kat dapur tu. Tetiba jadi sedap pulak. Tuan Suami pun cakap sedap. Tu berani nak rekomen resepi campak-campak ni. Hihi. Tengok kat bawah ye: Bahan-bahan: 1 ekor ayam, belah 4 8 ulas bawang putih - kisar 2 biji bawang besar - kisar 2 sb kicap manis 2 sb sos tiram 2 sb sos lada hitam 2 sb mix herbs 1 sb lada hitam 1 sk pasti sedap (optional) 1 sk garam 4 biji kentang 1 btg carrot Sedikit 'Smoked Flavour Liquid' Chef Ammar - ni rahsia grilled chicken bau sangat sedap! Tapi kalau takde pun takpe. Sebab dia untuk aroma je. Bau asap-asap gitu.. Cara-cara: 1. Bersihkan ayam 2. Kisar bawang putih+bawang besar 3. Gaul ayam dengan bahan kisar dan semua bahan atas tu. Perap 1-2 jam. Kalau dapat semalaman lagi sedap. 4. Sementara tu, kupas kentang

Resepi kuih "SMILEY POTATO"

Hi semua! Hari ni rasa free sikit. Nak share satu resepi mudah untuk anda. Nak makan mesti rasa nak senyummmm jee.. hihi Ok ni senarai  bahan-bahan: 4 ketul kentang sederhana 2 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung jagung 1 cawan serbuk roti 1 sb mentega 2 sb gula 1 sudu teh garam Step by step boleh rujuk gambar di bawah ye. Step 1: Ubi kentang buang kulit dulu. Potong kiub rebus bagi empuk. Pastu lenyek2 bagi hancur. Pakai bontot cawan pun ok. Jangan bontot kuali sudah..kikiki Lenyek sampai jadi macam ni tau Step 2: Masuk tepung gandum 2 cawan. Step 3: Masuk 1/2 cawan tepung jagung. Step 4: Masuk 1 cawan serbuk roti. Step 5: Masuk 1 sb mentega Step 6: Masuk 2 sb gula. Step 7: Masuk 1 st garam. Step 8: Ha, dah campak semua jadi macam ni. Hampa uli la dengan penuh kasih sayang. Sambil-sambil tu Zikir banyak-banyak. Pahala pun dapat. hehe Uli samp

Resepi "TOAST QUICHE WITH CHICKEN" Sedap dan Mudah

Ok, hari ni saya nak share resepi simple tapi sedap ni. Selalu tengok orang buat kecik-kecik kan? Ha ni versi saya. Buat dalam loyang  terus. Senang! Korang jangan gelak pulak. Hehe..nak makan boleh potong-potong ikut bajet perut. Ok korang tengok resepi kat bawah ni. ~ TOAST QUICHE WITH CHICKEN, simple & easy ~ Roti 6 keping Telur 3 biji Susu segar 1/2 cawan – boleh bancuh susu tepung/ susu cair klu takde fresh milk Inti – ayam/sosej/udang/crab stick dll Cheese – yang parut boleh, yang slice pun boleh Lada sulah Garam secubit - depends pada cheese yang korang pakai, ada cheese yang dah masin, balancekan ye Mix herbs - tak nak letak pun takpe Cara2 : 1. Susun roti dalam loyang, penyet2 sikit bg rata. Nak lawa korang potongla kulit tepi-tepi tu. Tapi saya masuk je semua. Tak nak membazir. Hehe. 2. Pukul telur, susu, lada sulah dan garam bagi sebati. Tuang atas roti tadi. 3. Tabur inti tadi kat atas roti. 4. Letak cheese kat atas. Pastu renjis-renjis mix herbs sikit.

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')? Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh di bawah : 100g beras putih = 365 kalori 100g beras perang = 349 kalori 100g beras 'parboiled' = 362 kalori Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah. BERAS 'PARBOILED' Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat d