Skip to main content

DONUT GEBU (GUNA TEPUNG ROTI)










Hari ni rajin sikit. Donut fluffy
Adik mintak donut berapa hari dah.
Siyes resepi ni donut lembut betul.

RESEPI DONUT GEBU GEBAS

250 g tepung roti
30 g gula kastor
25 g shortening
10 g marjerin
1 bj kuning telur
5 g yis bancuh dulu dengan sedikit air suam. Kacau
50 ml susu segar (kaknaz guna bancuhan susu tepung)
Secubit garam
3g bread improver
Air - ikut kesesuaian doh

**kaknaz gandakan sukatan atas untuk 500g tepung roti. Jadi semua kali dua.

Cara bancuh :

1) Masukkan bahan kering, tepung roti ,gula,garam. Gaul rata. Kemudian masukkan marjerin, shortening, bread improver, gaul.

2) Masukkan kuning telur, susu segar dan bancuhan yis.

3) Gaul dan tambah air untuk lembutkan doh.

4) Adun sampai doh tak melekat dan elastik

5) Rehatkan doh dalam 20 minit.

Lepas tu boleh canai dan tekap bagi bulat.
Biar kejap bagi dia kembang. Baru goreng.

Minyak pastikan betul-betul panas, dan api perlahan.

Bila dah sejuk boleh salut gula.

Kredit resepi : FB Fierah Zulaikha
(Tq sis, saya save dalam album untuk simpanan saya ye, mohon halal)

Selamat mencuba semua.


Popular posts from this blog

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')? Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh di bawah : 100g beras putih = 365 kalori 100g beras perang = 349 kalori 100g beras 'parboiled' = 362 kalori Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah. BERAS 'PARBOILED' Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat d

RESEPI PIZZA HOMEMADE PALING MUDAH

Dinner hari tu buat pizza je. Anak bongsu demam je. Nak makan nasik tak lalu. Mintak mama buat pizza. Alhamdulillah lalu la jugak. Habis sepotong sampai terbelahak dia makan kenyang. Happy mama. Hihi. Ok ni resepi sape nak cuba buat nanti ye. Roti dia lembut je. Bahan A: 2 sudu besar yis mauripan 4 sudu besar gula 1 cawan air suam (mix kan semua ni, biar yis jadi kembang) Bahan B: 4 cawan tepung gandum 4 sudu besar mentega/marjerin (gaul sampai jadi macam serbuk roti) Lepas tu boleh masukkan sikit2 Bahan A dalam bekas Bahan B uli sampai jadi doh. Biar kejap dalam 30 minit sampai doh jadi 2 x ganda. Tumbuk-tumbuk bagi keluar angin. Lepas tu boleh leperkan atas tudung periuk. Cucuk2 dengan garfu sikit doh tu. Topping ni ikut suka jela. Saya sapu sos tomato + carbonara untuk basic dia. (kalau letak sos spageti tu sedap lagi) Lepas tu letak sosej, crab stick. Nak letak capsicum, bawang terpulang. Umah saya takde stok. Picit sos sikit, mayoni