Skip to main content

RESEPI NASI DAGING UTARA SEDAP

Hari tu test masak Nasi Daging Utara. Ada yang minta resepi. Resepi ni kaknaz simpan dari tahun lepas lagi. Kaknaz ubah sikit-sikit tengok bahan yang ada. Tudia tahun ni baru rajin nak masak. Hihi

Dulu pernah buat jugak resepi lain, tapi resepi ni lagi sedap!

Nasi daging lawan dengan sambal air asam+ kerisik. Ulam sikit. Dengan sup daging kosong.

Anak makan bertambah-tambah balik sekolah. Okay kaknaz share resepi kat bawah ye.

Resepi Nasi Daging Utara
=====================

Bahan-bahan rebusan daging:
1 kg daging - potong kiub kecik-kecik
2 sudu besar rempah kurma
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar lada hitam
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara-cara:
1) Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lada hitam. Tumis. Masukkan rempah kurma, serbuk jintan manis. Biar sampai pecah minyak sikit. Masuk air, daging, garam. Masak sampai daging empuk.

Dah empuk daging boleh keluarkan, nanti boleh potong nipis-nipis. Air rebusan nanti kita amik separuh untuk sup, letak daun sup + bawang goreng. Lagi separuh untuk masak nasi.

Bahan-bahan untuk nasi:
2 setengah pot beras - cuci, rendam dalam 5 minit sekejap
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang besar - hiris
2 inci halia - hiris
4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, pelaga)
1 sudu besar butter untuk tumis
2 helai daun pandan - simpulkan
3/4 cawan susu cair
Air rebusan daging secukupnya

Cara-cara:
1) Tumis bahan hirisan, 4 sekawan dengan butter. Masuk pandan sekali. Dah naik wangi, masuk beras, susu cair, air rebusan daging. Ni pandai2 sukat ye. Sebab lain beras lain sukatan dia. Biasa saya sukat kedalaman beras sama dengan kedalaman air kat atas beras tu.

Biar masak dalam rice cooker.

Bahan-bahan untuk Sambal Air Asam Kerisik:
3 biji cili merah besar
6 biji cili padi - ikutla nak pedas mana
1 biji bawang besar - hiris
2 inci belacan bakar
2 biji tomato - potong 1/2 biji untuk kisar, yang lebih hiris
1 sudu besar kerisik - siapa suka kerisik lebih, boleh tambah
1/2 biji air limau kasturi - optional, kalau suka masam, boleh letak. Tak suka tak payah letak pun takpe.
Air asam
Garam
Gula

Cara-cara:
1) Kisar je semua kecuali kerisik, bawang besar, tomato. Tomato kaknaz amik dalam 1/2 biji kisar sekali. Yang lebih hiris. Kisar kasar sedap.

2) Dah siap kisar, masukkan hirisan bawang, tomato, kerisik. Kerisik ni ikut suka korang nak letak banyak ke sikit tau. Macam husband, suka kerisik banyak, tapi kaknaz tak suka rasa kerisik kuat sangat.

Perasakan dengan gula, garam ikut suka. Tambah jus limau kalau suka. Rasa dulu ikut tekak korang, baru adjust limau ok. Kalau dah ok, tak letak limau pun takpe. Kaknaz suka bau limau tu. Hihi

Siap! Selamat mencuba ye. Silakan #SHARE jika rasa bermanfaat.

p/s: Jemput follow FB kaknaz, dekat album ada resepi lain jugak.

Popular posts from this blog

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')? Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh di bawah : 100g beras putih = 365 kalori 100g beras perang = 349 kalori 100g beras 'parboiled' = 362 kalori Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah. BERAS 'PARBOILED' Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat d...

BERAPA LITER SAYA KENA MINUM AIR KOSONG SEHARI?

Kadang-kadang kita confius kan berapa banyak air nak kena minum sehari ni. 3 liter kah? 2 liter kah? Atau berliter-liter kah? Ada yang kata kita kena minum 1 liter untuk setiap berat badan 25kg. Contoh, awak berat 60kg, jadi 60 bahagi 25, awak perlukan 2.4 liter air kosong sehari. Itu cuma anggaran kasar je tau. Jangan ikut sangat kiraan itu. Sebab cuba saya bagi contoh diri sendiri, berat 48kg, jadi bahagi 25, saya perlukan 1.9 liter sehari. Aduhh, kering badan wei. Setiap kali workout pun saya akan minum 1.5 liter air. Inikan pula 1.9 liter sehari. Hakikat sebenarnya, keperluan air adalah berbeza bagi setiap individu, mengikut usia, jantina, berat badan, aktiviti harian, gaya hidup. Ini termasuklah cuaca dan juga iklim pada masa itu. Jadi macam mana nak sukat berapa banyak patut kita minum? Mudah saja, anda kena rasa sendiri. Hanya anda yang kenal diri sendiri. Bukan coach, bukan jiran sebelah rumah. Setiap kali dahaga minumlah secukupnya. Cara lain? Ada, kita lihat sendiri perubahan...

RESEPI SUP KAKI AYAM ALA THAI

Hari tu kaknaz buat sup kaki ayam ala thai ni. Fuhh, 1 periuk habis suami dengan anak bongsu makan. Meratah lagi. Memang favourite diorang berdua tu. Kakak, abang dengan kaknaz tak berapa makan sangat. Masak ala thai lagi sedap dari buat sup biasa tu. Sebab dia ada rasa masam, pedas. Jadi tak muak makan. Okay, bawah ni resepi dia ye. Resepi Sup Kaki Ayam Ala Thai ========================= Kaki ayam secukupnya - cuci & rebus sampai lembut. 2 biji bawang kecil - hiris 2 inci halia - tumbuk 3 biji bawang putih - tumbuk 1 sudu rempah sup 1 batang kulit kayu manis 3 biji bunga lawang 6-7 biji cili padi - ketuk 3 batang serai - ketuk 1 biji tomato - belah 6 1 biji limau nipis - ambil jus 1 biji bawang holland - hiris 5 helai daun limau purut Kobis bunga Lobak merah 1 kiub pati ayam Cara-cara Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, halia, bawang putih. Dah wangi masuk rempah sup, goreng sekejap. Masuk dalam rebusan kaki ayam tadi. Campak je...