Skip to main content

RESEPI AYAM GORENG KARI RANGUP ALA KFC SEDAP

Siapa suka makan ayam goreng KFC? 
.
Tengah hari ni KakNaz nak share semula resepi ayam goreng ala kepci, krup krap krup krap ni. Kali ni kaknaz nak share dalam album, senang kaknaz nak refer balik. Kaknaz pun bukanlah ingat sangat, nak masak baru kelam-kabut dok cari resepi. Hahaha 
.
Dah banyak kali jugak cuba resepi ni. Cari dekat google, lama dah la. Lepas cuba, terus simpan sebab sedap. Ni nak kongsi dengan korang STEP - BY - STEP tau.
.
Tahun lepas kaknaz pernah share dah, alhamdulillah ramai dah cuba. Ada yang hantar gambar kat komen katanya menjadi dan sedap!
.
Kalau nak tengok post asal boleh klik link ni ye, boleh tengok gambar kat komen, ada yang hantar:

https://www.facebook.com/enazzyusrinmernas.mychoice/posts/10155033569262892?pnref=story
.
Jemput Follow FB kaknaz, Sharinaz Redwan, dan visit blog kaknaz, https://diarikaknaz.blogspot.my/.
.
Ada juga resepi lain yang kaknaz share. Kaknaz tak pandai masak sangat, semua dari hasil searching dan practice..hihihihi
.
Semoga bermanfaat untuk semua. Yang dah cuba mehla post gambar kat komen 
.
.

Nak kulit sentiasa lembut dan lembap? Klik Pure Argan Oil Malaysia by Rinaz




Ayam goreng yang sedap, bila isi dalam dia kekal juicy dan lembut. Tips - goreng dengan kaedah deep fry. Baru jus dia tak keluar masa masak.

.
.


Geram jek tengok kerak-kerak dia tu kan ..hihi
.
.


Ok ni bahan-bahan untuk perapan ayam. Kalau nak sedap kena perap paling kurang sejam tau.

STEP 1:

Bahan-bahan Perap untuk ayam:

Ayam sekor - Cik Naz potong 10
Bawang putih - 8 ulas, tumbuk
Serbuk kari - 1 sudu besar (Boleh tambah kalau suka rasa kari lebih)
Serbuk cili - 2 sudu besar (yg suka pedas, boleh tambah lagi) 
Soda bikarbonat - 1/2 sudu teh
Garam - 2 sudu teh
Perasa - 1 sudu teh, Cik Naz pakai PASTI sedap. Kompem sedap..kihkih. Taknak letak pun xpe.
Sedikit air - Nak bagi semua bahan ni senang digaul nanti.

Korang gaul semua sekali dalam ayam tu. Bagi mesra. Perap sejam.







Macam ni lah rupanya bila dah gaul. Tutup, simpan dalam fridge.
.
.


STEP 2:

Sediakan bahan untuk salut ayam.

Tepung jagung - 2 cawan
Tepung gandum - 1/2 cawan
Serbuk cili - 1/2 sudu besar
Serbuk kari - 1/2 sudu besar (xde dalam gambar, lupa nak letak)
Soda bikarbonat - 1/2 sudu teh
Garam - 1 sudu teh
Telur - 1 biji, basuh dulu tau

.
.


STEP 3:

Masukkan tepung jagung, tepung gandum, serbuk cili, serbuk kari, soda bikarbonat dan garam dalam satu bekas bertutup..
.
.



Kak Naz pakai bekas ice cream je. Pastu kocak2 la bekas tu bagi semua bahan sebati.
.
.



STEP 4:

Pecah telur dalam pinggan. Kacau dengan garfu.
.
.



STEP 5:

Celup ayam yang dah perap tadi dalam telur.
.
.


STEP 6:

Next, salut pulak dengan tepung yang kita dah mix tadi. Letak je dalam bekas tu. Pastu tutup, goncang-goncang bekas tu bagi tepung elok salut semua. 

Ha, kan senang. Xdela melekat-lekat tepung kat tangan korang.
.
.


STEP 7:

Masuk dalam minyak yang dah betul-betul panas. Kena masak dalam deep fry tau. Masak dalam periuk je. Baru masak sekata. Dalam dia akan kekal juicy. Tips goreng ayam ni.

Biasa dia dah masak akan timbul. Api sederhana je, sebab takut dalam tak masak.
.
.



Tadaaaa... siap dah. Simple je menu. Tambah nasik sikit. Hehe. Anak-anak mesti suka. 

Kalau rajin boleh buat coslow dengan mashed potato. Perfecto!

Cuba jangan tak cuba!

Popular posts from this blog

Mana Lebih Baik? Beras 'Parboiled' atau Beras Perang atau Beras Putih

Assalamualaikum semua. Lama dah tak update blog ni. Okay saya ada terima satu soalan ni. "Sis, saya nak start diet, perlukah saya tukar beras putih kepada beras kurus (beras perang/beras 'parboiled')? Okay sebelum saya jawab soalan ini, saya nak inform ye. Secara amnya, bilangan jumlah kalori antara beras putih, beras perang dan beras 'parboiled' ini adalah lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh di bawah : 100g beras putih = 365 kalori 100g beras perang = 349 kalori 100g beras 'parboiled' = 362 kalori Tak jauh bezapun antara ketiganya. TAPI, dari segi manfaatnya, ada perbezaan. Ok, mari saya senaraikan di bawah. BERAS 'PARBOILED' Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat d...

BERAPA LITER SAYA KENA MINUM AIR KOSONG SEHARI?

Kadang-kadang kita confius kan berapa banyak air nak kena minum sehari ni. 3 liter kah? 2 liter kah? Atau berliter-liter kah? Ada yang kata kita kena minum 1 liter untuk setiap berat badan 25kg. Contoh, awak berat 60kg, jadi 60 bahagi 25, awak perlukan 2.4 liter air kosong sehari. Itu cuma anggaran kasar je tau. Jangan ikut sangat kiraan itu. Sebab cuba saya bagi contoh diri sendiri, berat 48kg, jadi bahagi 25, saya perlukan 1.9 liter sehari. Aduhh, kering badan wei. Setiap kali workout pun saya akan minum 1.5 liter air. Inikan pula 1.9 liter sehari. Hakikat sebenarnya, keperluan air adalah berbeza bagi setiap individu, mengikut usia, jantina, berat badan, aktiviti harian, gaya hidup. Ini termasuklah cuaca dan juga iklim pada masa itu. Jadi macam mana nak sukat berapa banyak patut kita minum? Mudah saja, anda kena rasa sendiri. Hanya anda yang kenal diri sendiri. Bukan coach, bukan jiran sebelah rumah. Setiap kali dahaga minumlah secukupnya. Cara lain? Ada, kita lihat sendiri perubahan...

RESEPI SUP KAKI AYAM ALA THAI

Hari tu kaknaz buat sup kaki ayam ala thai ni. Fuhh, 1 periuk habis suami dengan anak bongsu makan. Meratah lagi. Memang favourite diorang berdua tu. Kakak, abang dengan kaknaz tak berapa makan sangat. Masak ala thai lagi sedap dari buat sup biasa tu. Sebab dia ada rasa masam, pedas. Jadi tak muak makan. Okay, bawah ni resepi dia ye. Resepi Sup Kaki Ayam Ala Thai ========================= Kaki ayam secukupnya - cuci & rebus sampai lembut. 2 biji bawang kecil - hiris 2 inci halia - tumbuk 3 biji bawang putih - tumbuk 1 sudu rempah sup 1 batang kulit kayu manis 3 biji bunga lawang 6-7 biji cili padi - ketuk 3 batang serai - ketuk 1 biji tomato - belah 6 1 biji limau nipis - ambil jus 1 biji bawang holland - hiris 5 helai daun limau purut Kobis bunga Lobak merah 1 kiub pati ayam Cara-cara Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, halia, bawang putih. Dah wangi masuk rempah sup, goreng sekejap. Masuk dalam rebusan kaki ayam tadi. Campak je...